Tuesday, November 1, 2016

Genius

Posted by Farhah at 7:59 AM 0 comments
--repost draft..menghidupkan blog yang bersawang--

Sementara menunggu masakan, saya ikut duduk di kerusi meja  makan petang itu
Meneman mak sedara saya dan anaknya menonton drama
Saya sudah lama tak menonton tv, entah cerita apa yang ada
“tundukkan playboy itu?” ..drama sekarang ni
Tajuknya tu buat saya geli nak menyebutya
Tapi ada satu soalan yang hero( rasanyalah) tanya dekat heroin( saya agak) itu


Kenapa awak pakai tudung


Pelik mungkin dengan tudung yang ada. Walau saya rasa kita yang masih pekat dengan budaya melayu ni tidak la rasa tudung tu aneh. Ini bukan paris ok. Anyway terdetik dalam hati saya. okaylah kut. walaupun tajuk dia macam geli dan isunya agak cliché. Ada isi jugak la kut drama ni. I expect  smart answer to that question. Tapi tengok gaya perempuan ni. Maybe not.hahah

Anyway. Heroin( yang saya sudah lupa namanya) tu jawab


Sebelum tu saya nak Tanya encik, kenapa encik suka perempuan seksi.


Haha” saya bantai gelak dan sambung” bukanlah..patutnya dia Tanya, Allah tu siapa dengan dia. Barulah boleh jawab kenapa kita nak pakai tudung. Kan asyraf” rajin farhah mengomen petang tu. untuk cerita yang dia tak pernah tengok pun sebelum ini.

Asyraf, sepupu saya tu senyum saja. dah darjah enam budak ni walaupun umur dia baru 11 tahun.


“ alah, kalau orang kafir Tanya angah Allah tu dekat mana, angah nak jawab apa. Kan kita tak boleh nampak Dia” tanyanya menduga


Alamak soalan susah. Dan saat ni aku teringat je dengan buku bagaimana memperkenalkan Allah pada anak-anak yang aku Cuma beli dan tak pernah baca itu. Sudah..otak ligat fikir, tapi tak tahu apa jawapan yang boleh dihadam anak seusia ini.

Bagaimana kita memperkenalkan tuhan pada anak-anak reflect betapa banyak kita mengenal Allah. You cannot simplify and explain something you did not understand.


“kalau asyraf jawab apa”dengan otak beku saya. saya pulangkan soalan pada dia



“angah ada otak.?Ada nampak otak?habis kalau tak nampak takde otak ke?”


And ‘m impressed..big time
Saya tahu cerita ini. Sudah dengar banyak kali. Cuma saya tak expect untuk dengar jawapan itu dari mulut budak kecik ni.dekat saat yang paling sesuai sekali.

Sebab itu agaknya dalam banyak-banyak tabiin. Saya paing suka dengan abu hanifah. Kita banyak cerita tabiin yang hebat. zuhud dan banyak ilmunya, tapi Abu Hanifah ni lain dari yang lain.


ABU HANIFAH AL-NU’MAN


Suatu ketika Abu Hanifah datang berternu dengan Imam Malik yang ketika itu berada bersarna sejumlah sahabatnya. Setelah Abu Hanifah beredar, Imarn Malik rnenoleh ke arab sahabat-sahabatnya dan bertanya: “Adakah engkau kenal siapakah itu?”



“Tidak”, jawab mereka tertanya-tanya.



“Itulah al-Nu’man bin Thabit. Orang ini jika dia berkata tiang ini emas, dia akan mengeluarkan segala hujah yang akan menyokong apa yang dikatakan itu dan akhirnya tiang ini akan menjadi seperti apa yang dikatakan itu.” jelas Imam Malik. 

sehebat apakah orang ini.sampaikan imam malik boleh cakap macam tu.

Bukanlah keterlaluan apabila Imam Malik rnenyifatkan Abu Hanifah sebagai seorang yang bijak berhujah, pantas berfikir, geliga dan tajam pandangannya.



Buku-buku sejarah memuatkan begitu banyak kisah-kisah menarik berkenaan Abu Hanifah bersama mereka yang tidak sependapat dengannya dan mereka yang mencabar akidahnya.



Semua kisah-kisah ini menjadi bukti kepada sifat yang dinyatakan oleh Imam Malik tadi. “Jika Abu Hanifah mendakwa debu yang ada di hadapan engkau ialah emas, engkau akan terpaksa

akur dengan segala hujahnya dan menerima segala dakwaannya itu.”



Jadi bayangkanlah jika beliau mempertahankan kebenaran dan berhujah demi rnempertahankannya.

Suatu ketika ada seorang penduduk Kufah yang mernpunyai kedudukan dan berpengaruh rnendakwa bahawa Uthrnan bin Affan berketurunan Yahudi. Malah baginya Uthman bin Affan masih beragama

Yahudi walaupun selepas zaman Islam.



Apabila Abu Hanifah mendengar dakwaan orang mi, beliau terus menemui lelaki tersebut. Setelah dipelawa duduk, beliau memulakan bicaranya: “Saya datang ini ingin meminang anak perempuanmu bagi pihak seorang sahabat saya.”



“Persilakan, pinangan orang sepertimu sudah tentu tidak boleli ditolak, wahai Abu Hanifah. Tapi, siapakah orang yang meminang itu?”, lelaki tersebut membalas ingin tahu.



Sambil tersenyum, Abu Hanifah menjawab: Seorang yang terkenal. Beliau rnempunyai kedudukan dan kekayaan di kalangan kaumnya. Sangat pemurah dan dermawan.Beliau menghafal Kitab Allah Azza wa Jalla, bersembahyang sepanjang malam hanya dengan satu rakaat dan sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”



Lelaki tersebut berkata: “Hebat, hebat.. cukuplah wahai Abu Hanifah. Apa yang engkau cakapkan itu sudah cukup meletakkannya setaraf dengan anak perempuan Amirul Mukminin.”



Abu Hanifah mencelah: “Cuma ada satu sifatnya yang perlu anda ketahui.”



“Apa dia?!” Tersentak lelaki tersebut.



Abu Hanifah berkata dengan bersahaja: “Orang ini beragama Yahudi.”



Merah padam muka lelaki tersebut mendengar jawapan Abu Hanifah: “Yahudi?! Apakah engkau mahu saya kahwinkan anak saya dengan seorang Yahudi wahai Abu Hanifah. Demi Allah. saya tidak akan kahwinkan anak saya dengannya walaupun segala sifat mulia ada padanya.”



Dengan tenang Abu Hanifah menjawab: “Engkau tidak mahu kahwinkan anak perempuanmu dengan Yahudi dan engkau tolak sekeras-kerasnya. Namun engkau canangkan ke seluruh manusia bahawa Rasulullah s.a.w. kahwinkan dua orang anak perernpuannya dengan seorang Yahudi



Tergamam orang itu mendengar kata-kata itu lalu berkata: “Saya memohon ampun kerana kesalahan saya itu. Saya bertaubat kerana fitnah yang saya timbulkan itu.”

dan itu cuma sebahagian kecil dari kisahnya yang banyak itu .
tak ramai orang yang punya kelebihan begitu. menangkis hujah orang dengan logika sehingga dia sendiri yang sedar dengan kesalahannya.

Wednesday, March 9, 2016

Hanya Gerhana Bukan Tengelamnya Matahari

Posted by Farhah at 1:36 AM 0 comments


Iman adalah mata yang terbuka,
mendahului datangnya cahaya
tapi jika terlalu silau, pejamkan saja
lalu rasakan hangatnya keajaiban
                                  -Salim A Fillah
"farhah,,banguunnn" jerit teman serumah saya ' jom tengok gerhanaaa" ahh.. semua orang excited sangat.
farhah terpisat-pisat bangun. malunya anak dara mengaku tidur setelah subuh. pagi itu panas sekali. semangat kami berkumpul dekat luar, melihat bulan yang kecil itu menutup bola gergasi si matahari dengan guna air dalam besen yang bertakung di laman rumah. padahal bulan tutup sedikit saja. jadi macam bulan sabit tapi hati dah menggebur seronok.

"pedihnya" terang sangat cahaya tu. padahal dah pakai rayban 2 lapis( kami jimat sangat dan malas nak beli kaca mata gerhana tu sebab belum tentu sempat ketemu gerhana seterusnya pun)
entah kenapa( ada sih penjelasan saintifik dia, tapi paah malas sangat nak google)  sinar matahari tu terang sangat. sudah tengok refleksi dalam air dan pakai kaca mata hitam 2 biji lagi.. tapi masih silau juga.

 dan tentunya, peluang jarang-jarang kalinya ini, kami ambik untuk solat sunat gerhana. padahal, semua blur tak tahu macam mana. Time tu jugak lah, sibuk belajar dan google. Ternyata yang paling afdal tu baca  al-Baqarah. ampun mak nenek. saya baru hafal 5 ayat pertama sahaja dengan ayat kursi sahaja.Jadiya baca sahaja surah-surah yang dirasa panjang( padahal pendek saja) yang terhafal.

Dan sempena cahaya terang matahari pada hari rabu yang damai ini saya mahu mengutip kata-kata Salim A Fillah. kerana kata-katanya biasanya sedap banyak dari kata-kata saya yang sering aneh-aneh dan tunggang langgang bahasanya

Dan beginilah kehidupan para peyakin sejati; tak hanya satu saat dalam kehidupannya, Ibrahim sebagai ayah dan suami, Rasul dan Nabi, harus mengalami pertarungan batin yang sengit. Saat ia diminta meninggalkan isteri dan anaknya berulang kali dia ditanya Hajar mengapa. Dan dia hanya terdiam, menghela nafas panjang, sembari memejamkan mata. Juga ketika dia harus menyembelih Isma’il. Siapa yang bisa meredam kemanusiaannya, kebapakannya, juga rasa sayang dan cintanya pada sesibir tulang yang dinanti dengan berpuluh tahun menghitung hari.

Dan dia memejamkan mata. Lagi-lagi memejamkan mata.

Yang dialami para peyakin sejati agaknya adalah sebuah keterhijaban akan masa depan. Mereka tak tahu apa sesudah itu. Yang mereka tahu saat ini bahwa ada perintah Ilahi untuk begini. Dan iman mereka selalu mengiang-ngiangkan satu kaidah suci, “Jika ini perintah Ilahi, Dia takkan pernah menyia-nyiakan iman dan amal kami.” Lalu mereka bertindak. Mereka padukan tekad untuk taat dengan rasa hati yang kadang masih berat. Mereka satukan keberanian melangkah dengan gelora jiwa yang bertanya-tanya.

Perpaduan itu membuat mereka memejamkan mata. Ya, memejamkan mata.

Begitulah para peyakin sejati. Bagi mereka, hikmah hakiki tak selalu muncul di awal pagi. Mereka harus bersikap di tengah keterhijaban akan masa depan. Cahaya itu belum datang, atau justru terlalu menyilaukan. Tapi mereka harus mengerjakan perintahNya. Seperti Nuh harus membuat kapal, seperti Ibrahim harus menyembelih Isma’il, seperti Musa harus menghadapi Fir’aun dengan lisan gagap dan dosa membunuh, seperti Muhammad dan para sahabatnya harus mengayunkan pedang-pedang mereka pada kerabat yang terikat darah namun terpisah oleh ‘aqidah.

Para pengemban da’wah, jika ada perintahNya yang berat bagi kita, mari pejamkan mata untuk menyempurnakan keterhijaban kita. Lalu kerjakan. Mengerja sambil memejam mata adalah tanda bahwa kita menyerah pasrah pada tanganNya yang telah menulis takdir kita. Tangan yang menuliskan perintah sekaligus mengatur segalanya jadi indah. Tangan yang menuliskan musibah dan kesulitan sebagai sisipan bagi nikmat dan kemudahan. Tangan yang mencipta kita, dan padaNya jua kita akan pulang

dan di saat Allah seakan-akan mengambil dan menghancurkan harapan kita. ketahuilah bahwa ada sinar lebih terang di hujung sana. Cuma gerhana bukan tenggelamnya matahari. Ada sesuatu yang lebih baik menanti. Dan itu adalah satu ujian ketaatan. Benarlah, kadang-kadang kita cuma perlu pejamkan mata, dan rasakan kehangatanNya.

Saturday, March 5, 2016

Adulting 101

Posted by Farhah at 6:27 AM 2 comments

somehow in the past 4 years, i have become an adult



Before I know it, I passed the age of 25 years old

Sesuku abad, lebih dua dekad.

Tua
ancient
 
Lebay

Dulu masa form 1, para warden ada idea aneh yang sangat entah kenapa.

Kami yang tak periksa ( baca: form 1,2,4) dipisah dengan mereka yang akan periksa besar(form 3,5) hujung taun nanti. Semua orang dibagi-bagi dorm ikut tingkatan. Kami anak-anak berhingus form 1 ni, tinggal dalam satu dorm yang sama. Dan form 3 dan form 5 duduk nun jauh di blok yang berbeza.

Jadi blok mereka tu jadi blok THE SENIOR. 

Takut bila nak melintas di sana, rasa matang sangat bila tengok super senior ( form 5 waktu tu). Dalam hati saya rasa “ wah, mereka hampir jadi orang dewasa” ( perasan tak gaya paah yang sangat innocent dan nerd sangat masa sekolah ni). Rasa tak sabar nak jadi super senior, nak jadi matang, nak dewasa.

Bila saya naik tingkatan lima, it turn out, saya masih sama. Nothing much changes. Saya tak rasa surges of kematangan atau apa-apa yang sangat berbeza. Kami masih orang yang kadang-kadang lari dari mengikuti aktiviti sekolah ( baca: ponteng *peluh*) baca komik, tidur waktu kelas, dan apa lagi benda aneh-aneh yang saya cuba.

Saya belum dewasa.

Ah..itu mungkin sebab zaman, saya beralasan.you know macam generasi ke bawah makin pendek etc. blame it on evolution or whats not. Mungkin untuk generasi saya, masa dewasa dan matang tu datang pada waktu yang berbeza

Then saya masuk university ( well masa saya A-Level I don’t have senior,so it did not count)
Kita tengok kakak-kakak yag sudah tahun akhir, sudah clinical years dan sikit lagi menjadi doctor. Mereka nampak matang sangat, macam wanita berkerjaya. Dan saya membayangkan diri saya yang seumur mereka. Dengan aura wanita dewasa, saya akan jadi orang yang berbeza.

Dan tahun satu itu, saya belajar sesuatu yang saya tidak saya bayangkan sebelum ini. Allah beri saya kehidupan yang baru. Allah perkenalkan saya dengan tarbiyyah. Saya mula memandang segalanya dari sudut yang berbeza.waktu itu, masih ramai kakak-kakak, orang-orang yang mendahului saya dalam jalan ini. Kita memandang mereka dengan mata bersinar. kita merujuk mereka,Kerana mereka lebih dulu di sini, mereka lebih dewasa. Dan saya tidak sabar untuk jadi begitu. Orang yang punya jawaban untuk segalanya

Akhirnya mereka semua pulang, ada yang masih bersama-sama kita. berjuang di tempat yang berbeza. Ada yang yang hilang entah ke mana. Mereka pulang. Kerana kitaran yang sama, dan dakwah ini perlukan pewaris, saya menggantikan mereka, jadi kakak2 pada adik2 hebat di Indonesia. Mereka pandang kita dengan pandangan yang sama. Mata bersinar ingin d bina, mengharap jawaban dan haluan untuk segalanya.

suddenly, you realise
hey, i'm the adult here. kita kena buat semuanya sendiri. no one to hold your hand.
Panik.
saya belum dewasa. i dont have answer to everything. i'm still figuring everything for myself.
i'm still confused... a lot

and now i wonder if they- kakak-kakak itu- once upon a time. feels the same way.
mata bersinar-sinar saya put some much pressure on them
when the truth is , we're still winging it. even after 5 plus years of tarbiyyah
so you're searching for an adultier adult
seseorang yang lebih berjaya menjadi dewasa. because although you are 26. it seems like something gone wrong along the way and you end up with a now you..not..apparently succesful at adulting. i need someone else

panik lagi

nafas panjang...lepassssss


so , what does it mean to be a grown up.. an adult
yes. ilmu bertambah. fikrah juga.
tapi bagi saya. tarbiyyah yang panjang ini. mengajar saya menjadi orang yang lebih humble.
mengaku banyak yang kita tidak tahu. cuba belajar dari semuanya. cuba berdiskusi. walaupun dari siapa saja
tarbiyyah ini mengajar saya menjadi orang yang lebih tenang.
tidak langsung melenting bila ditentang( still a long way tho) cuba meletakkan diri pada tempat mereka, suba memahami, tabayyun dan cuba mengerti
tarbiyyah ini mengajar saya jadi orang yang lebih yakin dengan diri sendiri
bila value saya tidak lagi ditentukan oleh pandangan-pandangan siapa-siapa kecuali Dia( again still a long way to go)
bila usia bertambah. kita melalui banyak benda-sedih, marah dan gembira
seseorang yang dewasa, adalah orang yang pengalamannya mengajarnya menjadi lebih baik

dewasa juga mengajar kita menjadi tiang tempat mereka berpaut. walau segala ribut datang. jadilah tiang yang kukuh itu.
jadi bumbung pelindung. walau diri terkena segala hujan dan panas. demi mereka tunas-tunas yang kita bina



Faith

Posted by Farhah at 5:46 AM 0 comments
                      

Once, all villager decided to pray for the rain. On the day of the prayer, all the people gather, only one boy came with an umbrella

 That's faith. 




 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop