Sementara menunggu masakan, saya ikut duduk di kerusi meja makan petang itu
Meneman mak sedara saya dan anaknya menonton drama
Saya sudah lama tak menonton tv, entah cerita apa yang ada
“tundukkan playboy itu?” ..drama sekarang ni
Tajuknya tu buat saya geli nak menyebutya
Tapi ada satu soalan yang hero( rasanyalah) tanya dekat
heroin( saya agak) itu
Kenapa awak pakai tudung
Pelik mungkin dengan tudung yang ada. Walau saya rasa kita
yang masih pekat dengan budaya melayu ni tidak la rasa tudung tu aneh. Ini bukan
paris ok. Anyway terdetik dalam hati saya. okaylah kut. walaupun tajuk dia
macam geli dan isunya agak cliché. Ada isi jugak la kut drama ni. I expect smart answer to that question. Tapi tengok
gaya perempuan ni. Maybe not.hahah
Anyway. Heroin( yang saya sudah lupa namanya) tu jawab
Sebelum tu saya nak Tanya encik, kenapa encik suka perempuan seksi.
Haha” saya bantai gelak dan sambung” bukanlah..patutnya dia
Tanya, Allah tu siapa dengan dia. Barulah boleh jawab kenapa kita nak pakai
tudung. Kan asyraf” rajin farhah mengomen petang tu. untuk cerita yang dia tak
pernah tengok pun sebelum ini.
Asyraf, sepupu saya tu senyum saja. dah darjah enam budak ni
walaupun umur dia baru 11 tahun.
“ alah, kalau orang kafir Tanya angah Allah tu dekat mana, angah nak jawab apa. Kan kita tak boleh nampak Dia” tanyanya menduga
Alamak soalan susah. Dan saat ni aku teringat je dengan buku
bagaimana memperkenalkan Allah pada anak-anak yang aku Cuma beli dan tak pernah
baca itu. Sudah..otak ligat fikir, tapi tak tahu apa jawapan yang boleh dihadam
anak seusia ini.
Bagaimana kita memperkenalkan tuhan pada anak-anak reflect
betapa banyak kita mengenal Allah. You cannot simplify and explain something
you did not understand.
“kalau asyraf jawab apa”dengan otak beku saya. saya pulangkan soalan pada dia
“angah ada otak.?Ada nampak otak?habis kalau tak nampak takde otak ke?”
And ‘m impressed..big time
Saya tahu cerita ini. Sudah dengar banyak kali. Cuma saya
tak expect untuk dengar jawapan itu dari mulut budak kecik ni.dekat saat yang
paling sesuai sekali.
Sebab itu agaknya dalam banyak-banyak tabiin. Saya paing
suka dengan abu hanifah. Kita banyak cerita tabiin yang hebat. zuhud dan banyak ilmunya, tapi Abu Hanifah ni lain dari yang lain.
ABU HANIFAH AL-NU’MAN
Suatu ketika Abu Hanifah datang
berternu dengan Imam Malik yang ketika itu berada bersarna sejumlah sahabatnya.
Setelah Abu Hanifah beredar, Imarn Malik rnenoleh ke arab sahabat-sahabatnya
dan bertanya: “Adakah engkau kenal siapakah itu?”
“Tidak”, jawab mereka
tertanya-tanya.
“Itulah al-Nu’man bin Thabit.
Orang ini jika dia berkata tiang ini emas, dia akan mengeluarkan segala hujah
yang akan menyokong apa yang dikatakan itu dan akhirnya tiang ini akan menjadi
seperti apa yang dikatakan itu.” jelas Imam Malik.
sehebat apakah orang ini.sampaikan imam malik boleh cakap macam tu.
Bukanlah keterlaluan apabila
Imam Malik rnenyifatkan Abu Hanifah sebagai seorang yang bijak berhujah, pantas
berfikir, geliga dan tajam pandangannya.
Buku-buku sejarah memuatkan
begitu banyak kisah-kisah menarik berkenaan Abu Hanifah bersama mereka yang
tidak sependapat dengannya dan mereka yang mencabar akidahnya.
Semua kisah-kisah ini menjadi
bukti kepada sifat yang dinyatakan oleh Imam Malik tadi. “Jika Abu Hanifah
mendakwa debu yang ada di hadapan engkau ialah emas, engkau akan terpaksa
akur
dengan segala hujahnya dan menerima segala dakwaannya itu.”
Jadi bayangkanlah jika beliau
mempertahankan kebenaran dan berhujah demi rnempertahankannya.
Suatu ketika ada seorang
penduduk Kufah yang mernpunyai kedudukan dan berpengaruh rnendakwa bahawa
Uthrnan bin Affan berketurunan Yahudi. Malah baginya Uthman bin Affan masih
beragama
Yahudi walaupun selepas zaman
Islam.
Apabila Abu Hanifah mendengar
dakwaan orang mi, beliau terus menemui lelaki tersebut. Setelah dipelawa duduk,
beliau memulakan bicaranya: “Saya datang ini ingin meminang anak perempuanmu
bagi pihak seorang sahabat saya.”
“Persilakan, pinangan orang
sepertimu sudah tentu tidak boleli ditolak, wahai Abu Hanifah. Tapi, siapakah
orang yang meminang itu?”, lelaki tersebut membalas ingin tahu.
Sambil tersenyum, Abu Hanifah
menjawab: Seorang yang terkenal. Beliau rnempunyai kedudukan dan kekayaan di
kalangan kaumnya. Sangat pemurah dan dermawan.Beliau menghafal Kitab Allah Azza
wa Jalla, bersembahyang sepanjang malam hanya dengan satu rakaat dan sentiasa
menangis kerana takutkan Allah.”
Lelaki tersebut berkata:
“Hebat, hebat.. cukuplah wahai Abu Hanifah. Apa yang engkau cakapkan itu sudah
cukup meletakkannya setaraf dengan anak perempuan Amirul Mukminin.”
Abu Hanifah mencelah: “Cuma ada
satu sifatnya yang perlu anda ketahui.”
“Apa dia?!” Tersentak lelaki
tersebut.
Abu Hanifah berkata dengan
bersahaja: “Orang ini beragama Yahudi.”
Merah padam muka lelaki
tersebut mendengar jawapan Abu Hanifah: “Yahudi?! Apakah engkau mahu saya
kahwinkan anak saya dengan seorang Yahudi wahai Abu Hanifah. Demi Allah. saya
tidak akan kahwinkan anak saya dengannya walaupun segala sifat mulia ada
padanya.”
Dengan tenang Abu Hanifah
menjawab: “Engkau tidak mahu kahwinkan anak perempuanmu dengan Yahudi dan engkau
tolak sekeras-kerasnya. Namun engkau canangkan ke seluruh manusia bahawa
Rasulullah s.a.w. kahwinkan dua orang anak perernpuannya dengan seorang Yahudi
Tergamam
orang itu mendengar kata-kata itu lalu berkata: “Saya memohon ampun kerana
kesalahan saya itu. Saya bertaubat kerana fitnah yang saya timbulkan itu.”
dan itu cuma sebahagian kecil dari kisahnya yang banyak itu .
tak ramai orang yang punya kelebihan begitu. menangkis hujah orang dengan logika sehingga dia sendiri yang sedar dengan kesalahannya.
0 comments:
Post a Comment