Tuesday, November 18, 2014

Yang mana??

Posted by Farhah at 4:55 PM
Reactions: 
0 comments
                          

Ada dua tipe pemuda

Yang pertama

“pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Dan tipe kedua

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.- IHAB

Kita pemuda yang mana??

Bercukurlah malaysia masih aman. Ye dak??

Tuesday, November 11, 2014

Buatmu teman

Posted by Farhah at 3:57 AM
Reactions: 
2 comments
Teman ingatkah kamu kepadaku

Selalu, kamu ada di hatiku

Teman , masihkah kamu mendoakan aku

Namamu selalu dalam doaku, sejak dulu

Teman, Allah sedang mengujiku

Kuatkan hati, Dia sentiasa bersamamu
Dan aku juga, ada di sini. Sentiasa menanti. 
Allah ada rancangan istimewa buatmu. Percaya itu

Dialah Ar-Rahman, Dialah Ar-Raheem, Dia tak akan sia-siakan pejuang agamaNya
Temanku, mungkin juga Allah sedang rindu
Dia sedang memanggil kamu

Ps/: buat sahabat2  yang saya sangat sayangi. Doaku buatmu. Sila perasan




Tantangan

Posted by Farhah at 1:54 AM
Reactions: 
0 comments
Saya adalah orang yang sejak menjejak 13 tahun telah dihantar sekolah di asrama.Cita-cita abah adalah supaya anaknya itu, bila masuk sekolah menengah pergi asrama semua,biar kosong rumah katanya( senyum).

Dan saya yang masih berhingus tu dihantar ke asrama, jumpa orang baru selain adik beradik saya yang ramai itu. Suasana berbeza. Saya bukan orang yang manja. Tapi saya rindu rumah serindu-rindunya. 

Rindu rumah. Bukan ibu bapa??

"Angah tu" kata abah " sayang tv dan katil rumah lebih dari segala-galanya". Dan saya senyum cuma. Sebab asrama pada saat itu adalah satu cabaran baru. Saya dicampak keluar dari zona selamat saya. Di asrama kena basuh baju sendiri, kemas2 sendiri, bangun pagi dan ada peraturan yang macam-macam. Dan buat saya, orang yang tak suka diatur-atur ini, asrama jadi satu cabaran yang susah nak dilepasi

Saya stress..
Jadi orang yang moody kalau harus pulang ke sekolah
Tak suka kena beratur waktu mandi
Kenapa sekolah ni tak boleh tengok tv

Depresi

Menangis kata rindu ibu bapa. Walau sebenarnya bila pulang tak spend time dengan mereka
Farhah, si anak manja. Manja sebab tak tahan dengan benda yang dia tak suka. 

Tapi bila makin lama, kita mula beradaptasi. Mula pandai bawa diri. Pandai ponteng sana-sini( eh *peluh* ;-) ). Hehe. Saya dah berdikari. Asrama dah tak jadi mimpi ngeri lagi. Dan tempat itu banyak mentarbiyyah saya, walau waktu itu saya belum kenal erti tarbiyyah lagi. 

Allah tu, ada rancangan yang sangat istimewa untuk saya. Sebab hidup sebelum DnT semacam satu preparasi. 

Tantangan. Allah banting saya supaya saya jadi kebal. Sebab ada benda besar yang akan di lalui. 

Perjalanan hidup ni panjang sungguh kan. Banyak benda suka duka terjadi. Bila benda buruk jadi, rasa macam itu tantangan paling berat. Macam dah tak boleh tahan lagi. Sakit..sangat
Physically..emotionally

Tapi ingat. 
Sabar tu,sampai mati. 
Sampai dah jumpa Allah nanti. 

Sebab lepas ujian tu kita jadi manusia yang lebih kuat. 
Kita pandang ke belakang dan lihat ujian itu, yang pada kita dah jadi tak seberapa lagi. 

Optimislah. 
Sebab beban berat ni, akan berakhir juga nanti. 
Kalau x sempat disini, di syurga nanti. 

Ujian itu menguatkan
Allah nak kita jadi hambaNya yang paling hebat sekali
Kena kuat dan kuat lagi. 

Semoga kita boleh lihat ujian hari ini dengan senyuman suatu hari nanti *senyum*

 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop