Wednesday, September 12, 2018

hakikatnya bahagia

Posted by Farhah at 8:38 PM 0 comments

Ada satu buku komik yang waktu sekolah menengah dulu saya pernah baca. Bukunya saya sayang sangat tapi hilang entah ke mana. Saya memanggilya komik, tapi mungkin lebih kepada buku cerita dengan ilustrasi sebenarnya. Karya cina yang telah dialih Bahasa itu, manis cerita dan bahasanya. Walaupun saya ingat2 lupa bagaimana.

Ada satu cerita yang saya terkesan

Tajuknya the magician.. si ahli silap mata. Saya lupa ceritanya. Ini Cuma dari memori dan mungkin agak direka-reka ayatnya.

Kisahnya tentang seorang gadis dan pria dari satu pekan kecil yang entah di mana. Satu malami mereka bercerita temtang impian masing- masing sambil melihat angkasa. Malam gelap dan hanya diterangi lampu jalan. Tiada bintang kelihatan di angkasa.


“ katanya” sang pria membuka bicara. “ ahli silap mata paling hebat mampu menjelmakan bintang- bintang di angkasa” . mata si gadis bersinar ceria. Malam paling cantik adalah apabila mereka menghabiskan masa bersama sambil memandang angkasa. Si pria tahu si gadis suka melihat bintang yang bersinar cerah menghiasi malam yang gelap gelita

“ impianku mahu menjadi ahlis silap mata terhebat. Di dunia” Tekadnya” dan aku akan jelmakan bintang paling terang dan cantik khas buat kamu” janjinya

“ jadi impianku” si gadis tersenyum dan malu-malu berkata “ adalah untuk menjadi isteri ahli silap mata terhebat di dunia” itulah janji mereka.

Dan si pria, demi menunaikan impian si gadis, berkelana menjelajah dunia, mencari cara menjadi ahli silap mata terhebat. Dia ahu melihat wajah itu tersenyum ceria dengan magis yang dia mampu hasilakn. Da si gadis menunggu dengan sabar di pekan kecil itu.

Sekian lama berlalu, dulu mereka yang masih remaja menjadi dewasa. Dan menigkatnya usia, sang pria merasa masih belum menjadi terhebat di dunia.  Ternyata banyak yang perlu dipelajari sebelum pulang ke desa, dia merasa belum cukup untuk membuat si gadis gembira. 10 tahun berlalu, 20 tahun , sang pria masih berkelana.



Akhirnya tempoh yang lama membuahkan hasil. Sang pria menjadi ahli magis terkenal seluruh dunia. Membuat pertunjukan merata-rata. Dan akhirnya , persembahanya membawa dia pulang ke desa lama tempat kelahirannya, tempat tinggal si gadis kesayanganya.

Usai pertunjukan peminat berpusu-pusu mengambil gambar dan tandatangan, kelibat si gadis tidak kelihatan. Ah , mugkin saja dia sudah lupa. Seorang lelaki meminta tandantangan dari si pria. “ buat isteri saya, dia sangat sukakan pertunjukan kamu, terutama bintang-bintang itu, dia selalu terharu sampai mengalirkan air mata setiap kali menontonya di kaca tv” katanya ceria, gembira berbicara tentang orang kesayanganya. Lelaki itu menunjukkan gambar keluarga yang disimpan dalam dompetnya, ternyata si gadis bersama seorang anak kecil comel di atas ribaan. Si gadis kelihatan gembira bersama lelaki itu, yang bukan ahli silap mata.

Agaknya dia terlupa. Impian si gadis bukannya mahu menjadi ahli silap mata, tapi mahu bersama si pria. Mereka salah mentafsirkan impian masing- masing, dan akhirnya terpisah lama.

Kadang-kadang dalam kehidupan. Kita punya impian yang kita salah menterjemahkanny.

Kenapa mahu banyak uang

Kenapa mahu menonton wayang

Kenapa mahu makan yang enak-enak

Kenapa mahu ramai kawan-kawan

Kenapa

Akhirnya, jawapannya adalah kita mahu bahagia
Tapi betul ke semua tu boleh memberi bahagia? Sampai bila-bila? 

kadang-kadang kita mendapat sesuatu yang kita impikan sekian lama
tapi ternyata gembira hanya sementara
yang hati kita kosong semula?

maka, apakah jawabanya?

bersambung.......

Wednesday, May 16, 2018

Ramadhan

Posted by Farhah at 5:57 AM 0 comments
Ramadhan tiba lagi
.
Sungguh Belum bersedia
.
Paah selalu macam tu
X pernah ready
.

 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop