Sunday, September 30, 2012

Sukabumi

Posted by Farhah at 8:26 AM
Reactions: 
0 comments
Aku sukakan
Langit yang cerah dengan kerlipan bintang-bintang
Aku sukakan
Cahaya bulan yang memantul dipermukaan air
Aku sukakan
Deru angin dingin yang menyapa kami pagi itu
Aku sukakan
Bunyi ombak yang sentiasa menghempas pantai
Aku sukakan
Pasir-pasir halus di sela-sela jari
Dan yang paling aku suka dan cintai
Akhwat-akhwat fillah yang solat bersama-samaku dalam saff- saf kami
Pada waktu subuh yang sunyi( x la sunyi sangat sebenarnya) itu


Wednesday, September 19, 2012

Mereka

Posted by Farhah at 4:39 PM
Reactions: 
1 comments
Ada orang2 yang sangat saya rindui..terpisah sekian lama..dan kami ditakdirkan bertemu lagi dalam keadaan yang terbaik di tempat yang terbaik dan waktu kami sendiri telah menjadi individu yang lebih baik dari waktu itu.

Sebelumnya banyak sangat planning. Nak jumpa..nak jumpa..rindu
Tapi x pernah jadi
Xpernah bersua
Dan kita dipisahkan hampir 3 tahun jaraknya
Tapi akhirnya aku tahu kenapa
Allah nak jadikan pertemuan itu lebih manis dan cantik
Dia izinkan kami bertemu..dalam rangka kami adalah saudara seiman sefikrah..dalam dakwah dan tarbiyyah

Pelik sungguh perasaan itu..ada yang dah sedia rapat
Jadi kami bertemu..dan rasa sayang tu tumbuh
Tapi berbeza dari dulu
Dan ada yang dulu adalah sekadar teman
Tapi sekarang melihatnya buat aku rasa sebak dan rindu
Rasa sayang yang x boleh ditukar ganti itu

Mula2 macam cuak sebab teringat zaman2 jay berabis dulu..apakah?? Kerana ada yang sangat mengenali aku..tapi bila jumpa..terus x cuak dah
Rasa sebak je x sangka
Dan banyak cerita dishare
Apa yang mereka lalui
Apa yang kami disini tempuhi
Beza..tapi sama
Comel..

Allah x nak temukan kami waktu dulu
Sebab dia tahu je..ada banyak kot tempat aneh2 yang boleh dibawak merata
Berapa banyak hibu boleh nak teroka
Berapa banyak benda lagha kami akan jumpa
Tapi Allah sayang hubungan kami
Makanya Dia hold on dulu pertemuan itu
Dia bagi ruang perbaiki diri
Dia buat pertemuan itu x sia-sia dan insyaAllah berpahala


Allah sayang saya

Dan keranamu ya Allah aku menyayangi mereka

Ps:/ betullah tgk diorang hari tu terus rasa sebak..cantiknya susunan Allah. Rindunyaaaa...x dapat spend time sangat pun..soriii..tapi insyaAllah kita akan jumpa lagi..

 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop