Friday, October 28, 2011

kita bukan kawasaki ninja

Posted by Farhah at 4:28 AM
Reactions: 
2 comments
kalau dah accident sekali..makanya akan accident lagi- teori al falah

hmmm..ntah betul ntah tidak..tapi berdasarkan teori rumah kami si beat p dan b serta mio b *bukan warna sebenar* stat sekali accident..asek kena aje
paling teruk agaknya bila beat p punya accident hari tu
alhamdulillah sangat penunggang x de apa2 walau ada luka2 sikit


eiii..lain kali hati2
penat nak tengok moto yang rosak tu
bila baiki kena bayar
dan x dapat baik macam ori punya pun

pernah dengar??
what doesn't kill you make you stronger
kalau dilihat pada moto tu..walau x mati terus..dia jadi makin lembik aje
beza kan dengan manusia
kenapa???
sebab kita
grow with experience
kita boleh dibentuk..bisa ditarbiyyah
boleh berubah dan mengubah

kena banting..kita boleh jadi kuat
dengan pengalaman kita boleh jadi wise(saya x tau bahasa melayu dia apa..pandai??)
masa boleh mendewasakan kita

makin banyak kekangan
makin banyak kesusahan
kita boleh jadi lagi kuat
lagi hebat
lagi semangat

sepatutnyalah
sebab semua benda tu kan tarbiyyah
didikan dari Allah
dan Allah bagi benda tu
bukan untuk susahkan kita..saja2 je
sebab dia nak tahu kita ni tahan dan kuat semangat x

sebab kita ni bukan kawasaki ninja
yang jatuh terhempas
akan rosak
kita akan jadi lagi kuat
yeahhhh!!!

awesome people only hang out with awesome people

Posted by Farhah at 3:16 AM
Reactions: 
0 comments
orang hebat hanya duduk dengan orang hebat sahaja

kalau la...

ada seorang ni
perfectionist berabis..kemas sopan dan santun
bersih x suka kecah n sepah

dan sorang ni lagi..pengotor tahap hampas
suka sepah2 dan malas

secara logik akal fikiran anda adakah mereka berdua akan jadi geng
kawan sehati sejiwa

mungkin ada kot special case
tapi biasanya bird of the same feathers flock together
kita akan suka duduk dengan kawan yang faham jiwa
dan biasanya sama dengan kita

yang kemas tu  xkan tahan dengan sifat si buat kecah
yang si buat kecah x tahan asyik kena marah

makanya..

orang rajin duduk dengan orang rajin
orang malas selesa dengan orang malas
orang senyap suka sunyi
dan orang bising suka buat havoc

dan secara fitrahnya
orang hebat akan duduk dengan orang hebat

dan siapakah orang yang hebat itu
mereka yang telah berjaya dunia dan akhiratnya
si penghuni syurga

abu ubaidah:orang kepercayaan umat..yang dengan keimannya sanggup membunuh ayahnya sendiri

muadz bin jabbal: si mujtahid genius..yang apabila berbicara bagaikan keluar cahaya dan mutiara dari mulutnya

zubair al awwam: pahlawan Rasulullah.."setiap rasul punya pembela dan pembelaku adalah zubair al awwam"

zaid bin haritsah: orang kesayangan baginda.."aku adalah warisnya dan dia adalah warisku"

aduh
malunya mengimpikan syurga
sedang diri x sehebat mereka
layakkah??

dan manusia teragung sepanjang zaman itu
mampukah aku untuk mengimpikan
agar nanti aku bisa liqa' bersamamu ya Rasulullah

sedihnya..sedihnya
sebab nanti semua orang masuk syurga
dan akan bercerita kehebatan mereka di dunia
nanti saya nak cerita apa??
maukah mereka bersama-bersama kita

bayangkan lah..
abu ubaidah dah bunuh ayahnya demi islam...fillah lillah
kita??
macam mana kalau kita bising2 nak masuk syurga
dan manusia hebat ni tanya
awak dah buat apa??untuk beroleh ini..x nak la duduk ngan awak
hypothetically la.kan..kita nak ke orang yang x usaha apa2 tapi dapat benda sama best ngan kita
sedangkan kita bagai nak rak try semua benda

makanya kalau x duduk dengan abu ubaidah
nak duduk dengan sapa lagi??
abu jahal???

hamboiiii..jahatnya

yelah..ada dua tempat aje..syurga tempat sahabat dan sahabiyah
dan neraka pengakhiran terkutuk bagi mereka2 yang ingkar padaNya

kita mampu mencontohi mereka..kerna
mereka hanya manusia biasa
mungkin x mampu nak jadi sehebat itu
tapi
kita mampu mengubahnya

hehe

i wanna be awesome!!

hadiah

Posted by Farhah at 12:11 AM
Reactions: 
0 comments
ya Allah
Kau pilih mereka kesini, sebagai hadiah dan amanah buat kami

maka pilihlah mereka lagi
sebagai penyambung deen Mu ini

ya Allah
hambamu ini lemah sangat
x cukup kuat
x cukup hebat

aku impikan kebaikan buat mereka
maka kurniakan aku kekuatan

saya baru faham bila seorang akak si murabbi super yang saya kagumi pernah berkata
seorang murabbi..aim dia nak mutarabbi dia jadi lebih hebat dari dia
keluarkan semua potensi yang ada

rindunya dengan adik2 di malaysia yang dah lama sangat x jumpa
saya x cukup indibat menjaga mereka
sedang semua melompat-lompat nakkan kebaikan dan kefahaman tentangNya

hubungan jarak jauh macam ni
muntijkah??
awak ni takut sangat cuba je
rindu...akak buat saya jadi lebih berani sebenarnya

dan saya nak jadi hebat macam akak
tak
lebih hebat dari akak


dan moga adik2 saya jadi lebih hebat dari saya

tadi chat dengan seorang akhwat yang juga suka menginspirasi
farhah kena jadi hulk hogan
supaya adik2 bisa jadi otromen

heh
saya kena kuat supaya mereka bisa jadi kuat

bertukar!!!!

Wednesday, October 12, 2011

bersama tuhanku....

Posted by Farhah at 3:09 AM
Reactions: 
0 comments


lagu yang sangat comellll
hehehe( taktik paah nak penuhkan blog..x mo tulis letak video je banyak2..ngeee)

bersama tuhanku
hidup akan jadi tenang dan bahagia
kerana Allah sentiasa ada bersama-sama kita

bayangkan bila kita sendiri
bila kita susah
ada zat terhebat jagat raya yang backing kita
muahahahahah
safe sangat kan

tapi macam mana nak Allah backing kita

Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah SWT dengan kemarahan manusia, maka dipelihara oleh Allah SWT daripada keberatan perbuatan manusia yakni tuhan pelihara daripada diumpat dan cela dan barangsiapa menuntut kesukaan orang dengan kemarahan Allah SWT, nasib kamu di tangan manusia.



carilah redha Allah melebihi redhanya manusia..sebab manusia ni lemah sangat nak dibandingkan dengan apa2..apatah lagi maha pencipta..

so who do you want as you protector??
((Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-


pelindung selain Allah adalah, seperti labah-labah yang menbuat

rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah

labah-labah kalau mereka mengetahui.))(Surah AlAnkabuut: 41)

 
Allah tang hebat
atau sarang labah-labah
yang kalau jatuh gaung tu sumpah x terlintas pun nak paut kat situ
 
:)
 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop