Tuesday, November 1, 2016

Genius

Posted by Farhah at 7:59 AM 0 comments
--repost draft..menghidupkan blog yang bersawang--

Sementara menunggu masakan, saya ikut duduk di kerusi meja  makan petang itu
Meneman mak sedara saya dan anaknya menonton drama
Saya sudah lama tak menonton tv, entah cerita apa yang ada
“tundukkan playboy itu?” ..drama sekarang ni
Tajuknya tu buat saya geli nak menyebutya
Tapi ada satu soalan yang hero( rasanyalah) tanya dekat heroin( saya agak) itu


Kenapa awak pakai tudung


Pelik mungkin dengan tudung yang ada. Walau saya rasa kita yang masih pekat dengan budaya melayu ni tidak la rasa tudung tu aneh. Ini bukan paris ok. Anyway terdetik dalam hati saya. okaylah kut. walaupun tajuk dia macam geli dan isunya agak cliché. Ada isi jugak la kut drama ni. I expect  smart answer to that question. Tapi tengok gaya perempuan ni. Maybe not.hahah

Anyway. Heroin( yang saya sudah lupa namanya) tu jawab


Sebelum tu saya nak Tanya encik, kenapa encik suka perempuan seksi.


Haha” saya bantai gelak dan sambung” bukanlah..patutnya dia Tanya, Allah tu siapa dengan dia. Barulah boleh jawab kenapa kita nak pakai tudung. Kan asyraf” rajin farhah mengomen petang tu. untuk cerita yang dia tak pernah tengok pun sebelum ini.

Asyraf, sepupu saya tu senyum saja. dah darjah enam budak ni walaupun umur dia baru 11 tahun.


“ alah, kalau orang kafir Tanya angah Allah tu dekat mana, angah nak jawab apa. Kan kita tak boleh nampak Dia” tanyanya menduga


Alamak soalan susah. Dan saat ni aku teringat je dengan buku bagaimana memperkenalkan Allah pada anak-anak yang aku Cuma beli dan tak pernah baca itu. Sudah..otak ligat fikir, tapi tak tahu apa jawapan yang boleh dihadam anak seusia ini.

Bagaimana kita memperkenalkan tuhan pada anak-anak reflect betapa banyak kita mengenal Allah. You cannot simplify and explain something you did not understand.


“kalau asyraf jawab apa”dengan otak beku saya. saya pulangkan soalan pada dia



“angah ada otak.?Ada nampak otak?habis kalau tak nampak takde otak ke?”


And ‘m impressed..big time
Saya tahu cerita ini. Sudah dengar banyak kali. Cuma saya tak expect untuk dengar jawapan itu dari mulut budak kecik ni.dekat saat yang paling sesuai sekali.

Sebab itu agaknya dalam banyak-banyak tabiin. Saya paing suka dengan abu hanifah. Kita banyak cerita tabiin yang hebat. zuhud dan banyak ilmunya, tapi Abu Hanifah ni lain dari yang lain.


ABU HANIFAH AL-NU’MAN


Suatu ketika Abu Hanifah datang berternu dengan Imam Malik yang ketika itu berada bersarna sejumlah sahabatnya. Setelah Abu Hanifah beredar, Imarn Malik rnenoleh ke arab sahabat-sahabatnya dan bertanya: “Adakah engkau kenal siapakah itu?”



“Tidak”, jawab mereka tertanya-tanya.



“Itulah al-Nu’man bin Thabit. Orang ini jika dia berkata tiang ini emas, dia akan mengeluarkan segala hujah yang akan menyokong apa yang dikatakan itu dan akhirnya tiang ini akan menjadi seperti apa yang dikatakan itu.” jelas Imam Malik. 

sehebat apakah orang ini.sampaikan imam malik boleh cakap macam tu.

Bukanlah keterlaluan apabila Imam Malik rnenyifatkan Abu Hanifah sebagai seorang yang bijak berhujah, pantas berfikir, geliga dan tajam pandangannya.



Buku-buku sejarah memuatkan begitu banyak kisah-kisah menarik berkenaan Abu Hanifah bersama mereka yang tidak sependapat dengannya dan mereka yang mencabar akidahnya.



Semua kisah-kisah ini menjadi bukti kepada sifat yang dinyatakan oleh Imam Malik tadi. “Jika Abu Hanifah mendakwa debu yang ada di hadapan engkau ialah emas, engkau akan terpaksa

akur dengan segala hujahnya dan menerima segala dakwaannya itu.”



Jadi bayangkanlah jika beliau mempertahankan kebenaran dan berhujah demi rnempertahankannya.

Suatu ketika ada seorang penduduk Kufah yang mernpunyai kedudukan dan berpengaruh rnendakwa bahawa Uthrnan bin Affan berketurunan Yahudi. Malah baginya Uthman bin Affan masih beragama

Yahudi walaupun selepas zaman Islam.



Apabila Abu Hanifah mendengar dakwaan orang mi, beliau terus menemui lelaki tersebut. Setelah dipelawa duduk, beliau memulakan bicaranya: “Saya datang ini ingin meminang anak perempuanmu bagi pihak seorang sahabat saya.”



“Persilakan, pinangan orang sepertimu sudah tentu tidak boleli ditolak, wahai Abu Hanifah. Tapi, siapakah orang yang meminang itu?”, lelaki tersebut membalas ingin tahu.



Sambil tersenyum, Abu Hanifah menjawab: Seorang yang terkenal. Beliau rnempunyai kedudukan dan kekayaan di kalangan kaumnya. Sangat pemurah dan dermawan.Beliau menghafal Kitab Allah Azza wa Jalla, bersembahyang sepanjang malam hanya dengan satu rakaat dan sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”



Lelaki tersebut berkata: “Hebat, hebat.. cukuplah wahai Abu Hanifah. Apa yang engkau cakapkan itu sudah cukup meletakkannya setaraf dengan anak perempuan Amirul Mukminin.”



Abu Hanifah mencelah: “Cuma ada satu sifatnya yang perlu anda ketahui.”



“Apa dia?!” Tersentak lelaki tersebut.



Abu Hanifah berkata dengan bersahaja: “Orang ini beragama Yahudi.”



Merah padam muka lelaki tersebut mendengar jawapan Abu Hanifah: “Yahudi?! Apakah engkau mahu saya kahwinkan anak saya dengan seorang Yahudi wahai Abu Hanifah. Demi Allah. saya tidak akan kahwinkan anak saya dengannya walaupun segala sifat mulia ada padanya.”



Dengan tenang Abu Hanifah menjawab: “Engkau tidak mahu kahwinkan anak perempuanmu dengan Yahudi dan engkau tolak sekeras-kerasnya. Namun engkau canangkan ke seluruh manusia bahawa Rasulullah s.a.w. kahwinkan dua orang anak perernpuannya dengan seorang Yahudi



Tergamam orang itu mendengar kata-kata itu lalu berkata: “Saya memohon ampun kerana kesalahan saya itu. Saya bertaubat kerana fitnah yang saya timbulkan itu.”

dan itu cuma sebahagian kecil dari kisahnya yang banyak itu .
tak ramai orang yang punya kelebihan begitu. menangkis hujah orang dengan logika sehingga dia sendiri yang sedar dengan kesalahannya.
 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop