Thursday, November 7, 2013

Permulaan

Posted by Farhah at 3:31 AM
Reactions: 
0 comments
Kita tidak directly membina, tidak directly mentarbiyyah mereka. Tapi satu langkah kecil kita bawa permulaan besar buat mereka.

Saya hari ini adalah kerana usaha orang- orang ikhlas sebelum saya.

Saya ada birthday untuk tarbiyyah saya. Aneh untuk bercakap tentang hari itu. Hari pertama kami bermula, disapa tarbiyyah yang mengubah segala- galanya.

HAMKA 2010

Bukan yang terbaik, bukan yang sempurna. Tapi mungkin kerana itu adalah sentuhan yang pertama. Maka ia paling berbekas, paling memberi rasa, paling memberi makna.
Entah kenapa kami boleh terjebak terperangkap ke sana. Allah memilih saya hari itu.
Tanpa ada intro dan cerita, kami diseret (haha) ke sana

"Kenapa awak ikut ek, x takut ike kalau kitorang bawak awak ke mana- mana" kami bercerita setelah lebih setahun cerita saya bermula

Saat ni baru la saya terfikir dengan horrornya
"Aah, boleh je nak kena kidnap. Alhamdullillah sangat kakak2 tu betul2 baik"
Dan memang betul- betul baik.
Mereka tidak directly menjadi orang mentarbiyyah saya.tapi mereka escort kami sampai ke sana. Bawa roti. Dan borak2 sama .
Aduuuh. Mesti dah tak ingat dah. Tapi saat2 hari itu sangat membekas dalam hati saya.

---Dalam riwayat Ibn Ishaq sebagaimana direkam Ibn Hisyam di Kitab Sirah-nya; kala itu Sang Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab dengan beberapa kalimat. Pembukanya adalah senyum, yang disusul senarai kerendahan hati, “Aku hanyasanya doa yang dimunajatkan Ibrahim, ‘Alaihissalam..”

Doa itu, doa yang berumur 4000 tahun. Ia melintas mengarungi zaman, dari sejak lembah Makkah yang sunyi hanya dihuni Isma’il dan Ibundanya hingga saat 360 berhala telah menyesaki Ka’bah di seluruh kelilingnya. Doa itu, adalah ketulusan seorang moyang untuk anak-cucu. Di dalamnya terkandung cinta agar orang-orang yang berhimpun bersama keturunannya di dekat rumah Allah itu terhubung dan terbimbing dari langit oleh cahayaNya

“Duhai Rabb kami, dan bangkitkan di antara mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri; yang akan membacakan atas mereka ayat-ayatMu, mengajarkan Al Kitab dan Al Hikmah, serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaqksana.” (QS Al Baqarah [2]: 129)-----(quoted)

Itu kisah Rasulullah. Aneh mahu menyamakan saya dengan baginda. Tapi saya berada di sini hasil keikhlasan dan doa2 mereka, orang-orang sebelum saya

Kadang- kadang kita meremehkan benda kecil. Benda yang kita sangka kecil.
Tapi itulah yang menjadi kesan besar pada mereka

There are no such things as small deeds.

Bersihkan hati dan berbuatlah. Dengan segala kekuatan yang kita ada
Kerana diakhirnya, yang Allah kira. Adalah ikhlasnya hati kita


 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop