Monday, October 15, 2012

Nikmat

Posted by Farhah at 5:02 AM
Tadi pagi Allah tarik falah satu dari nikmatnya.

Rumah kami tiada elektrik sejak dari jam sepuluh.. Dan konklusi yang saya dapat adalah

Baru tarik nikmat sikit je ras hidup dah merana

Haha.. Dramatik sungguh. Sedang orang lain hidup jauh lagi teruk dari kita. Bukan takat xde elektrik..siap rumah cerah dengan letupan bom-bom dan bunyi tembakan( sila insaf )

Bila dah malam terus kaget terus.. Macam mana ni. Rumah macam x de tanda -tanda nak ada letrik balik. Sedang hari dah malam dan panas juga. Perut yang comel .. ni macam nak buat hal pula. Kami stress sendiri.

Tapi kan.. Dalam gelap malam tu. Deria lain jadi terlebih sensitif pula. Dengar sayup-sayup orang jual sate dan putu bambu. Rasa macam dalam filem hitam puutih. Tercampak ke zaman dulu- dulu.

Jogja ni klasik sungguh

Syahdu sungguh. Orang indonesia ni kalau saya perasan gigih sungguh berusaha untuk cari rezeki
Pak cik sepatu( dia tukang baiki kasut yang jerit2 sepatuuuuu naik basikal dari rumah ke rumah) kami dapat tahu kayuh basikal jepunnya tu dari bantul sejak pagi. Bantul tu jauh amat. Sedang saya naik motor agak kebas terasa inikan pula basikal tu. Tengah hari kot baru sampai kaliurang. Gigih tak gigih. Sedang kita. Nak pegi sekolah pun malas

Bersyukur la dengan apa yang ada. Kadang- kadang kita terlalu pay attention pada benda yang kita tak dapat sampai kita lupa apa yang kita ada

Walau anda x ada harta kurang2 nikmat iman dan islam tu Allah tak tarik dari kita

Dan malam ni Allah bagi nikmatnya lagi. Dah ada letrik dan Dia turunkan hujannya dekat bumi jogja ni( sweet)






0 comments:

 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop