Tahun ini saya belum menulis lagi
Padahal sekarang sudah december
Sudah mahu masuk tahun baru
Jadi dengan azam sekurang-kurangnya satu pos setahun ini
Saya nak tulis sesuatu juga, post untuk tahun 2022
Bila keadaan sudah kembali seperti sedia kala pasca PKP- or as normal as it can be
Dua tahun lalu terasa macam mimpi
A lot of changes happen
Norma baharu
Dan saya terfikir
Mudahnya Allah nak mengubah sesuatu
Dan sekelip mata juga covid pergi
Kesannya cuma rasa tersisa saja
Bila wabah ini melanda seluruh negara
Mula-mula rasa macam tidak percaya
Tak mungkin ada satu wabah yang cukup bahaya begini
Ada sedikit denial di situ
Sampai lah terpaksa hidup dan antara yang banyak terksesan denga covid
Jadi tib-tiba merasa wabah ini semacam satu malapetaka
Dan tidak akan hilang
Macam satu spiraal ke lembah kehancuran
Tapi lama-lama mula beradaptasi
Dan wabah seakan-akan sudah lama dan menjadi sebahagian dari kehidupan
Jadi norma baharu
Seolah-olah inilah kehidupan sejak dari dulu
Kehidupan terasa normal kembali
Sampai ad yang bagitahu
‘ kalau demam tak payah nak cek dah , covida ni dah macam flu biasa’
Semata- mata supaya tidak kena kuarantin dan boleh kerja macam biasa.
Manusia ni ajaib sungguh
Cepat beradaptasi , dan mampu untuk hidup kuat dan kuat lagi
Sekarang,
Kita dah boleh mula travel semula
Sampai ke luar negara
Dah boleh pergi umrah dan haji semula.
Walaupun 2 tahun PKP seakan waktu yang takkan hilang
Waktu tu saya sangka sudah tertutup semua peluang
Dan saya melihat video mekah yang sepi
Buat jadi rindu dan sayu
Dan waktu seakan mimpi ngeri yang dah berlalu pergi
Moga tahun ini ada rezeki
Untuk Allah jemput jadi tetamu Nya nanti
0 comments:
Post a Comment