Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang
lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota
tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu
saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani
kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang
sekali dia tidak memilikinya
Dia mengetahui kebaikan meskipun
kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia
benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat
memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.
Ketika bertemu dengan teman lamanya yang
sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan
memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia
memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah
kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun
hatinya semakin keras & tidak terpengaruh.
Dia tersenyum kala mendengar berita
gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi,
kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan
hatinya teta pdiam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci
kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,ia tetap diam tanpa memberi
penjelasan.Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca
al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca
bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu
khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli& tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang
dibaca.Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati
lelaki itu.
Saya tidak melebih-lebihkan atau
menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama
seperti kebiasaan hati orang-orang lain? Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya
cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi,
ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak
menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang
tidak memiliki hati.Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan
anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika
seorang tentera anda hidup tanpa hati?
Apakah anda dapat membantu
menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh
lisannya?Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda
sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya,
hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.
Waalaikumussalam wbth
kalau tengah down( baca: futur) boleh menangis membaca ini.. entah. dia mungkin sedang menceritakan perihal dia.
tapi kadang saya sangat terasa.
tapi entah..saya terasa yang beliau sangat hebat pula
kerana dia sedar tentang masalah dan ingin mengubahnya
sedang saya. kadang2 selesa berkeadaan begitu..menghiasi futur untuk satu masa yang lama
kerehatan seorang da'i itu hanya di syurgaya ..cukuplah bermalas-malas..sebab nanti kalau dah rehat kat sini..x boleh nak rehat dekat sana lagi
0 comments:
Post a Comment