terharu bila jumpa sahabat2 lama
yang 180 darjah lain dari sebelumya
dan x sengaja
terkenang diri yang dulu
sebelum tercampak ke sini
aneh bagaimana dakwah dan tarbiyah mampu mengubah kita
diri yang dulu x pernah terbayang akan jadi aku yang hari ini
macam mana prioriti terus berubah
jika dulu dunia jadi sasaran
maka kini
kita impikan syurga yang berkekalan
jika dulu dunia itu indah
kini ia satu tempat yang memenatkan
macam mana niat lillah hi taala itu
dulu saya rasa aneh
kalau setakat cakap
sahaja aku baca buku kerana ALLAH taalacukupkah
untuk ia jadi satu ibadah
yang memberatkan amal
tapi kini
jadi satu kerja yang jelas maksud dan jalanya
kita jadi perindu
yang menagih cinta ilahi
mengharap redhaNYA
jika dulu
kita berada di kitaran bodoh yang alpa
selalu lupa
tujuan kita diciptakan di dunia
kadang-kadang aku rindu
dengan hidup yang dulu
sebelum aku mengerti erti sebenar hidup ini
tika kami masih kanak2 riang gembira
seronok dengan lumpur dunia
tapi aku hari ini
takkan kuganti
walau seribu keseronokan lalu menyapa
kerana aku yang dulu
adalah insan yang mahu mengelak nerakaNYA
sedang hari ini..aku berani berlari mengejar syurga
0 comments:
Post a Comment