Ada satu buku komik yang waktu sekolah menengah dulu saya
pernah baca. Bukunya saya sayang sangat tapi hilang entah ke mana. Saya
memanggilya komik, tapi mungkin lebih kepada buku cerita dengan ilustrasi
sebenarnya. Karya cina yang telah dialih Bahasa itu, manis cerita dan
bahasanya. Walaupun saya ingat2 lupa bagaimana.
Ada satu cerita yang saya terkesan
Tajuknya the magician.. si ahli silap mata. Saya lupa
ceritanya. Ini Cuma dari memori dan mungkin agak direka-reka ayatnya.
Kisahnya tentang seorang gadis dan pria dari satu pekan
kecil yang entah di mana. Satu malami mereka bercerita temtang impian masing-
masing sambil melihat angkasa. Malam gelap dan hanya diterangi lampu jalan.
Tiada bintang kelihatan di angkasa.
“ katanya” sang pria membuka bicara. “ ahli silap mata
paling hebat mampu menjelmakan bintang- bintang di angkasa” . mata si gadis
bersinar ceria. Malam paling cantik adalah apabila mereka menghabiskan masa
bersama sambil memandang angkasa. Si pria tahu si gadis suka melihat bintang
yang bersinar cerah menghiasi malam yang gelap gelita
“ impianku mahu menjadi ahlis silap mata terhebat. Di dunia”
Tekadnya” dan aku akan jelmakan bintang paling terang dan cantik khas buat
kamu” janjinya
“ jadi impianku” si gadis tersenyum dan malu-malu berkata “
adalah untuk menjadi isteri ahli silap mata terhebat di dunia” itulah janji
mereka.
Dan si pria, demi menunaikan impian si gadis, berkelana
menjelajah dunia, mencari cara menjadi ahli silap mata terhebat. Dia ahu
melihat wajah itu tersenyum ceria dengan magis yang dia mampu hasilakn. Da si
gadis menunggu dengan sabar di pekan kecil itu.
Sekian lama berlalu, dulu mereka yang masih remaja menjadi
dewasa. Dan menigkatnya usia, sang pria merasa masih belum menjadi terhebat di
dunia. Ternyata banyak yang perlu dipelajari
sebelum pulang ke desa, dia merasa belum cukup untuk membuat si gadis gembira.
10 tahun berlalu, 20 tahun , sang pria masih berkelana.
Akhirnya tempoh yang lama membuahkan hasil. Sang pria
menjadi ahli magis terkenal seluruh dunia. Membuat pertunjukan merata-rata. Dan
akhirnya , persembahanya membawa dia pulang ke desa lama tempat kelahirannya,
tempat tinggal si gadis kesayanganya.
Usai pertunjukan peminat berpusu-pusu mengambil gambar dan
tandatangan, kelibat si gadis tidak kelihatan. Ah , mugkin saja dia sudah lupa.
Seorang lelaki meminta tandantangan dari si pria. “ buat isteri saya, dia
sangat sukakan pertunjukan kamu, terutama bintang-bintang itu, dia selalu
terharu sampai mengalirkan air mata setiap kali menontonya di kaca tv” katanya
ceria, gembira berbicara tentang orang kesayanganya. Lelaki itu menunjukkan
gambar keluarga yang disimpan dalam dompetnya, ternyata si gadis bersama
seorang anak kecil comel di atas ribaan. Si gadis kelihatan gembira bersama
lelaki itu, yang bukan ahli silap mata.
Agaknya dia terlupa. Impian si gadis bukannya mahu menjadi
ahli silap mata, tapi mahu bersama si pria. Mereka salah mentafsirkan impian
masing- masing, dan akhirnya terpisah lama.
Kadang-kadang dalam kehidupan. Kita punya impian yang kita
salah menterjemahkanny.
Kenapa mahu banyak uang
Kenapa mahu menonton wayang
Kenapa mahu makan yang enak-enak
Kenapa mahu ramai kawan-kawan
Kenapa
Akhirnya, jawapannya adalah kita mahu bahagia
Tapi betul ke semua tu boleh memberi bahagia? Sampai
bila-bila?
kadang-kadang kita mendapat sesuatu yang kita impikan sekian lama
tapi ternyata gembira hanya sementara
yang hati kita kosong semula?
maka, apakah jawabanya?
bersambung.......
bersambung.......