Friday, October 28, 2011

kita bukan kawasaki ninja

Posted by Farhah at 4:28 AM 2 comments
kalau dah accident sekali..makanya akan accident lagi- teori al falah

hmmm..ntah betul ntah tidak..tapi berdasarkan teori rumah kami si beat p dan b serta mio b *bukan warna sebenar* stat sekali accident..asek kena aje
paling teruk agaknya bila beat p punya accident hari tu
alhamdulillah sangat penunggang x de apa2 walau ada luka2 sikit


eiii..lain kali hati2
penat nak tengok moto yang rosak tu
bila baiki kena bayar
dan x dapat baik macam ori punya pun

pernah dengar??
what doesn't kill you make you stronger
kalau dilihat pada moto tu..walau x mati terus..dia jadi makin lembik aje
beza kan dengan manusia
kenapa???
sebab kita
grow with experience
kita boleh dibentuk..bisa ditarbiyyah
boleh berubah dan mengubah

kena banting..kita boleh jadi kuat
dengan pengalaman kita boleh jadi wise(saya x tau bahasa melayu dia apa..pandai??)
masa boleh mendewasakan kita

makin banyak kekangan
makin banyak kesusahan
kita boleh jadi lagi kuat
lagi hebat
lagi semangat

sepatutnyalah
sebab semua benda tu kan tarbiyyah
didikan dari Allah
dan Allah bagi benda tu
bukan untuk susahkan kita..saja2 je
sebab dia nak tahu kita ni tahan dan kuat semangat x

sebab kita ni bukan kawasaki ninja
yang jatuh terhempas
akan rosak
kita akan jadi lagi kuat
yeahhhh!!!

awesome people only hang out with awesome people

Posted by Farhah at 3:16 AM 0 comments
orang hebat hanya duduk dengan orang hebat sahaja

kalau la...

ada seorang ni
perfectionist berabis..kemas sopan dan santun
bersih x suka kecah n sepah

dan sorang ni lagi..pengotor tahap hampas
suka sepah2 dan malas

secara logik akal fikiran anda adakah mereka berdua akan jadi geng
kawan sehati sejiwa

mungkin ada kot special case
tapi biasanya bird of the same feathers flock together
kita akan suka duduk dengan kawan yang faham jiwa
dan biasanya sama dengan kita

yang kemas tu  xkan tahan dengan sifat si buat kecah
yang si buat kecah x tahan asyik kena marah

makanya..

orang rajin duduk dengan orang rajin
orang malas selesa dengan orang malas
orang senyap suka sunyi
dan orang bising suka buat havoc

dan secara fitrahnya
orang hebat akan duduk dengan orang hebat

dan siapakah orang yang hebat itu
mereka yang telah berjaya dunia dan akhiratnya
si penghuni syurga

abu ubaidah:orang kepercayaan umat..yang dengan keimannya sanggup membunuh ayahnya sendiri

muadz bin jabbal: si mujtahid genius..yang apabila berbicara bagaikan keluar cahaya dan mutiara dari mulutnya

zubair al awwam: pahlawan Rasulullah.."setiap rasul punya pembela dan pembelaku adalah zubair al awwam"

zaid bin haritsah: orang kesayangan baginda.."aku adalah warisnya dan dia adalah warisku"

aduh
malunya mengimpikan syurga
sedang diri x sehebat mereka
layakkah??

dan manusia teragung sepanjang zaman itu
mampukah aku untuk mengimpikan
agar nanti aku bisa liqa' bersamamu ya Rasulullah

sedihnya..sedihnya
sebab nanti semua orang masuk syurga
dan akan bercerita kehebatan mereka di dunia
nanti saya nak cerita apa??
maukah mereka bersama-bersama kita

bayangkan lah..
abu ubaidah dah bunuh ayahnya demi islam...fillah lillah
kita??
macam mana kalau kita bising2 nak masuk syurga
dan manusia hebat ni tanya
awak dah buat apa??untuk beroleh ini..x nak la duduk ngan awak
hypothetically la.kan..kita nak ke orang yang x usaha apa2 tapi dapat benda sama best ngan kita
sedangkan kita bagai nak rak try semua benda

makanya kalau x duduk dengan abu ubaidah
nak duduk dengan sapa lagi??
abu jahal???

hamboiiii..jahatnya

yelah..ada dua tempat aje..syurga tempat sahabat dan sahabiyah
dan neraka pengakhiran terkutuk bagi mereka2 yang ingkar padaNya

kita mampu mencontohi mereka..kerna
mereka hanya manusia biasa
mungkin x mampu nak jadi sehebat itu
tapi
kita mampu mengubahnya

hehe

i wanna be awesome!!

hadiah

Posted by Farhah at 12:11 AM 0 comments
ya Allah
Kau pilih mereka kesini, sebagai hadiah dan amanah buat kami

maka pilihlah mereka lagi
sebagai penyambung deen Mu ini

ya Allah
hambamu ini lemah sangat
x cukup kuat
x cukup hebat

aku impikan kebaikan buat mereka
maka kurniakan aku kekuatan

saya baru faham bila seorang akak si murabbi super yang saya kagumi pernah berkata
seorang murabbi..aim dia nak mutarabbi dia jadi lebih hebat dari dia
keluarkan semua potensi yang ada

rindunya dengan adik2 di malaysia yang dah lama sangat x jumpa
saya x cukup indibat menjaga mereka
sedang semua melompat-lompat nakkan kebaikan dan kefahaman tentangNya

hubungan jarak jauh macam ni
muntijkah??
awak ni takut sangat cuba je
rindu...akak buat saya jadi lebih berani sebenarnya

dan saya nak jadi hebat macam akak
tak
lebih hebat dari akak


dan moga adik2 saya jadi lebih hebat dari saya

tadi chat dengan seorang akhwat yang juga suka menginspirasi
farhah kena jadi hulk hogan
supaya adik2 bisa jadi otromen

heh
saya kena kuat supaya mereka bisa jadi kuat

bertukar!!!!

Wednesday, October 12, 2011

bersama tuhanku....

Posted by Farhah at 3:09 AM 0 comments


lagu yang sangat comellll
hehehe( taktik paah nak penuhkan blog..x mo tulis letak video je banyak2..ngeee)

bersama tuhanku
hidup akan jadi tenang dan bahagia
kerana Allah sentiasa ada bersama-sama kita

bayangkan bila kita sendiri
bila kita susah
ada zat terhebat jagat raya yang backing kita
muahahahahah
safe sangat kan

tapi macam mana nak Allah backing kita

Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah SWT dengan kemarahan manusia, maka dipelihara oleh Allah SWT daripada keberatan perbuatan manusia yakni tuhan pelihara daripada diumpat dan cela dan barangsiapa menuntut kesukaan orang dengan kemarahan Allah SWT, nasib kamu di tangan manusia.



carilah redha Allah melebihi redhanya manusia..sebab manusia ni lemah sangat nak dibandingkan dengan apa2..apatah lagi maha pencipta..

so who do you want as you protector??
((Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-


pelindung selain Allah adalah, seperti labah-labah yang menbuat

rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah

labah-labah kalau mereka mengetahui.))(Surah AlAnkabuut: 41)

 
Allah tang hebat
atau sarang labah-labah
yang kalau jatuh gaung tu sumpah x terlintas pun nak paut kat situ
 
:)

Friday, September 30, 2011

growing up

Posted by Farhah at 10:26 AM 0 comments
dah ramadhan
dan semua orang sedang bercakap tentang ramadhan
heheh

dah ramadhan kedua di sini
cepat sungguh masa berlalu

terkenang pesanan seorang akak

awak kena cepat membesar..sebab awak akan jadi kakak
grow up
saya harus jadi matang
 entah
apa ya
the indicator
yang anda telah cukup dewasa

usiakah??
pengalamankah??
hartakah??
atau pangkat??

apa yang berbeza
anda hari ini dan semalam
anda hari ni dan tahun yang lalu
anda hari ini dan dahulu
saya rasa
perbezaan itu
itu lah proses pendewasaan

usia boleh bertambah
wang boleh berkurang(sheesh)

tapi untuk mengetahui anda sedang menjadi semakin matang
cuba recheck
am i better today than the me yesterday??
saya makin tua..masa sedang mengejar kita..masih adakah usia??untuk menjadi lebih baik??
kita harus cepat menjadi dewasa!!
 

charger

Posted by Farhah at 10:12 AM 0 comments
i need my charger!!!

sangattttt!!!

jiwa yang dasyat

Posted by Farhah at 10:09 AM 2 comments


tamannau!!make a wish
i want such men like abu ubaidah and mu'adz bin jabal
so that i can send them out
fisabilillah!!

ini lah ia
jiwa yang dasyat itu

salah kah bila sahabat mahukan harta
mahukan emas permata
jika mereka mahu menggunakanya ke jalan Allah
jawapannya tentu TIDAK

tidak salah mahukan harta
tapi lebih penting dari itu

THE HUMAN RESOURCES
kita perlukan ini
pemuda-pemuda dengan jiwa yang dasyat
kerna hanya dengan ini..islam will carry on

menarik bila dikatakan
yang mereka
para sahabat
campakkan mereka ke mana sahaja
dan mereka boleh menghidupkan deen ini
walau sendiri..tanpa teman
tanpa pendamping

kerana seorang sahaja dari mereka
bagaikan satu ummat...yang mampu mengislamkan penduduk dunia
merekalah pati yang terpilih itu
 dan kita bagaimana pula??


yeeeeesss..anda berani berkata

campaklah saya kemana sahaja..islam will carry on
terus gimana??
macam mana mahukan itu
jiwa yang dahsyat itu

tarbiyah bukan segala-galanya. tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah

nak cuba??
ada berani??

hehehehehehh..

Friday, July 22, 2011

the people

Posted by Farhah at 6:01 PM 0 comments
the people
they judge you from the outside

but ALLAH knows you best on the inside
and that's the only part matter
and HE'S the only one that matter!!!

jadi anda mahu puaskan hati siapa sebenarnya???

Tuesday, July 19, 2011

on the edge

Posted by Farhah at 7:06 AM 3 comments


i have all this amazing proof..all i need is alittle push. it was like i was at the edge of a cliff, i was ready to jump. i just need the push



sebenarnya just nak cakap pasal the amazing story of abu bakr nir ni
sometime..there's something you believe in
yet you did not take that small step
you did not jump
you stayed
you did not JUMP!!

ever wonder if you did???
what if
the sign is there
yet
you're afraid
scared of the unknown
you did not JUMP!!

kita syik nak bukti
mintak petunjuk..everything
then..the sign come
tapi kita memilih untuk tidak melihat tanda2 itu
kita takut untuk berubah

kelakar kan..
sebab kita ada sesuatu yang kita percaya kebenarannya
kita tahu
ini jalannya
tapi
kita masih ragu2 untuk melewati jalan itu
hanya kerna
ia sesuatu yang baru
the unthinkable
sesuatu yang kita tak pernah fikirkan sebelum ini

tapi kita akan selalu terfikir
andai aku memilih yang itu
apakah yang akan berlaku

you'll never know
coz you did NOT JUMP!!

ye
farhah sedang menjalankan budaya hidup sehat dengan asyik bercakap pasal jump2 ni
ngeeeeeeee

tapi mungkin boleh fikir2kan
andai ada sesuatu
yang anda rasakan perlu
carilah
jalanilah
kerana hati kita sangat dekat dengan pencipta
fitrah manusia yang ingin hdup bertuhankan Allah yang maha ESA

take that step
kerana penghuni syurga itu
orang yang hebat dan cekal hatinya

i just need a little push- abu bakr

dont we all??

the difference is
who did the jump??

Saturday, July 2, 2011

kita hari ini berbeza dengan semalam

Posted by Farhah at 8:27 AM 0 comments

terharu bila jumpa sahabat2 lama
yang 180 darjah lain dari sebelumya
dan x sengaja
terkenang diri yang dulu
sebelum tercampak ke sini

aneh bagaimana dakwah dan tarbiyah mampu mengubah kita

diri yang dulu x pernah terbayang akan jadi aku yang hari ini
macam mana prioriti terus berubah
jika dulu dunia jadi sasaran
maka kini
kita impikan syurga yang berkekalan

 jika dulu dunia itu indah
kini ia satu tempat yang memenatkan

macam mana niat lillah hi taala itu
dulu saya rasa aneh
kalau setakat cakap
sahaja aku baca buku kerana ALLAH taala
cukupkah
untuk ia jadi satu ibadah
yang memberatkan amal
tapi kini
jadi satu kerja yang jelas maksud dan jalanya

kita jadi perindu
yang menagih cinta ilahi
mengharap redhaNYA

jika dulu
kita berada di kitaran bodoh yang alpa
selalu lupa
tujuan kita diciptakan di dunia

kadang-kadang aku rindu
dengan hidup yang dulu
sebelum aku mengerti erti sebenar hidup ini
tika kami masih kanak2 riang gembira
seronok dengan lumpur dunia

tapi aku hari ini
takkan kuganti
walau seribu keseronokan lalu menyapa

kerana aku yang dulu
adalah insan yang mahu mengelak nerakaNYA
sedang hari ini..aku berani berlari mengejar syurga

Thursday, June 16, 2011

mencarimu

Posted by Farhah at 6:15 AM 0 comments
Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan  beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi “ (Riwayat Bukhori).


hadith ke 38 dalam kolekssi hadith arba'in


tiba-tiba terkesan


farhah..bila nak berubah dan kejar cinta Allah??
suka bertangguh
sheesh

Wednesday, June 15, 2011

tanya sama hati

Posted by Farhah at 5:48 AM 0 comments

Thursday, June 9, 2011

islam total

Posted by Farhah at 8:17 AM 0 comments
"wahai orang-orang yang beriman!masuklah islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."
masuklah islam
secara keseluruhan

ada seekor binatang
dia berbulu seperti kucing
berkaki empat seperti kucing
mengiau seperti kucing
dan memakai name tag bertulis kucing

apakah binatang ini??

kucing?? 
ye tepat sekali.2 markah
dah semuanya macam kucing dan ada name tag kucing
mestila binatang itu kucing kan

soalan kedua

ada seekor binatang
berbulu seperti kucing
berkaki seperti ayam
bmengembek seperti kambing
dan memakai name tag tertulis KUCING
 apakah binatang ini??
".............."
anda ragu2 untuk menjawab??
ya, binatang apakah ini
hibridkah??
alienkah??

sama dengan kita
kita berpakain seksi
kita mencarut
kita mengumpat
kita meninggalkan solat
kita singgah ke tempat-tempat maksiat
dan kad pengenalan kita tertulis ISLAM

siapakah kita??
"......."
alienkah??
hibridkah??

sebab itu
masuk islam harus menyeluruh
kerana
dengan itu
kita dengan bangganya
boleh menyebut
aku adalah islam
bukan hanya pada nama

ps:saya menyintai anda keranaNya
 

21 tahun menuju Allah

Posted by Farhah at 8:01 AM 0 comments
jazakillahu khair bagi yang ingat
bagi yang wish
bagi yang mendoakan diri ini
hehe
anda sangat besssttttttt!!!!!

huhu
dramatik??

terharu dengan kek dan pusing dengan pulut dan rendang bagai
waaaaa
(yess..this is all food)
muahahahahah..
saya sangat foodelistik
mata makanan???
errr....

hehe

dah tua
dan terkenang satu quote ni
“A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th
dan kini
saya sedang melalui satu fasa yang menuntut perubahan besar
doakan
i need the strength
and i hope its not too late

much love
dari jogjakarta

sahabat...kau teman:revisit

Posted by Farhah at 7:54 AM 0 comments
hehe
sedikit lambat
dah seminggu benda ni tersadai di draft
salah sendiri sebenarnya

sangat terkesan dan sangat sweet video sebelum ini
kenapa??

sebab saya percaya semua orang sedang mencari
semua orang mahu mengisi
kekosongan dalam hati itu

kerana hati itu fitrahnya cenderung pada kebaikan
kamu mungkin menyangka kamu bahagia
tapi hati itu
sedih sendiri
dan makin jauhnya ia dari fitrahnya
ia akan kembali mencari
mencari jalan itu

dan kadang-kadang
jalan itu
ditunjuki lewat sahabat-sahabat, teman-temanmu
merekalah  permata-permata itu

lewatilah jalan itu
kerana nescaya dihujungnya
kau pasti bahagia!!

anda menyangka anda bahagia
selami diri
benarkah??
ini yang aku cari??

syukur
kerana aku dipertemukan dengan mereka
permata-permata bersinar
indah menumpahkan cahaya
menyinari hati ini

saya ada mereka
anda bagaimana??

"sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa mahukan (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil JALAN MENUJU TUHANNYA"  - al-insan:29

 

Sunday, May 29, 2011

sahabat..kau teman

Posted by Farhah at 6:38 PM 0 comments


"ya Rasulullah, teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?" tanya ibn abbas
sabda baginda
"dia adalah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah(apabila kamu) melihatnya dan bertambahdan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalnya"
mungkin boleh fikir dan renung-renungkan..nanti kita boleh bincang kemudian
heheh


 
 

Monday, May 23, 2011

us

Posted by Farhah at 6:27 AM 0 comments
umaiiii!!!!!

sueeeeee!!!!!

zeqqqqqq!!!

halisssss!!

nadiiiiii!!!

mc nieeeee!!

pieee!!

ida!!

kputtt!!!!

apai!!!!

z!!

marliaa!!

mira!!!
hehehe

i'm getting desperate rite, when i start typing random people's name???
x la..
they're not that random
cuma nama sahabat2 yang tiba2 pop up 
teringat tiba2 
heheheeh
rindu kamu
mesti awak semua teringat saya kan??heheh

ps: if you guys are wondering??yesssss...saya tengah promote my friends rite now
     and i am proud
hehehehheheheheh

ps2:nanti saya nak taip nama semua orang..hehehehe

Friday, May 20, 2011

khidmat bakti

Posted by Farhah at 2:36 AM 0 comments
Pagi sabtu yang cerah itu, awal-awal dah diarah untuk khidmat bakti

Khidmat bakti??

Dengan cara paling mudah, ia adalah gotong royong kawasan perumahan kami
Knowing that we’re a part of a community buat saya rasa sangat..grown up

Heh?
ada kaitan ke??

Hheheh..yessss..kami memiliki sebuah rumah(well..sewa la)
Kami mempunyai jiran2
Hehehehe
Dan semua orang sangat ramai keluar untuk gotong royong
Semuanya lelaki
Dan hanya falah menghantar rekrut wanita

baguslah
terharu juga
bila semua sangat semangat
gotong royong bersihkan kawasan tu

dan saya menjumpai nilai2 akhlak islam di sini


nilai hidup berjiran*walaupun kami x de la cakap sangat dengan mereka..they're men after all

nilai kebersihan..sesuatu yang kita pandang enteng dan x rasa ia a part of nilai2 islam..x merasa bagaimana membuang sampah merata-rata mencalarkan iman

dan kerjasama

heheh

dan pak cik yang baik hati dan sangat empati bagi kami kuih untuk makan
sebab semua yang lain pakat2 kumpul nak makan
dan dia nampak yang kitorang pompuan dan x manis nak join sama
yessss
1 more good point for you pak cik
heheeh

i'm gonna upload pic
laterrr

khidmat bakti

Posted by Farhah at 2:15 AM 0 comments
Pagi sabtu yang cerah itu, awal-awal dah diarah untuk khidmat bakti

Khidmat bakti??

Dengan cara paling mudah, ia adalah gotong royong kawasan perumahan kami
Knowing that we’re a part of a community buat saya rasa sangat..grown up

Heh?
ada kaitan ke??

Hheheh..yessss..kami memiliki sebuah rumah(well..sewa la)
Kami mempunyai jiran2
Hehehehe
Dan semua orang sangat ramai keluar untuk gotong royong
Semuanya lelaki
Dan hanya falah menghantar rekrut wanita

baguslah
terharu juga
bila semua sangat semangat
gotong royong bersihkan kawasan tu

dan saya menjumpai nilai2 akhlak islam di sini

nilai hidup berjiran




apa yang mengikat kami??

Posted by Farhah at 2:12 AM 0 comments
alhamdulillah
hari ni baru menerima tetamu dari jauh
bawak angin dari malaysia
heheh

rindu la pulak

dan sangat suka bila borak dengan akak ni
seorang chinese yang sangat mesra dengan kami
hehehe
dan terfikir satu pemerhatian yang dia utarakan

"saya tengok la, kalau duduk luar negara. u all mesti takje care of each other..malaysia sama malaysia rapat..ini u cannot find in malaysia..jiran sama jiran pun x peduli"

not exact word, but then the gist is there*sori saya cepat lupa..heheeh 


dan saya terfikir

itukah..
yang mengikat kita

negarakah??
bersendiri di rantau orang
makanya..kita harus jadi mesra pada warga sendiri??

emmm..saya pun x tau.mungkin juga..sebab jauh jadi sangat gembira jumpa orang yang sama budaya dengan kita..tapi insyaALLAH..mudah-mudtahan dekat malaysia nanti pun macam ni juga..sebab adakah negara yang menghubungkan kita..atau apa sebenarnya yang mengikat hati-hati ini
dan saya tau jawabaannya
hati2 ini diikat oleh iman dan ukhuwwah kerana Allah itu
dan saya sangat teringin kalau mereka boleh jumpa akhwat2 malaysia
dan tengok bonding yang ada
sebab bukan negara yang kami bawa
tapi islam yang mulia

mereka memerhati
mereka sedang mencari
maka marilah kita hulurkan ukhuwwah
itu kunci kita pada dakwah

semua orang memerlukan teman
dan saya menemui mereka di jalan ini
jalan cinta para pejuang

ps:ok i should stop this.heheheh.this is soooo corny
      but then..i meant each n every word i've said...no matter how badly written it is
      heheehehhehhe...weird paah

Wednesday, May 18, 2011

awak2222

Posted by Farhah at 6:55 PM 2 comments
saya

rindu

awak
.
.
.
.
.
.
yessssss!!!!

youuuu!!!!!

jom skype lagi

sayang anda fillah lillah!!!!

Saturday, May 14, 2011

21 tahun menuju Allah

Posted by Farhah at 7:23 AM 0 comments
sanah helwah untuk AKMAL SYAMIMI sahabatku di dunia dan insyaALLAH di akhirat jua
awak dah tuaaaa!!!
hehehe

"sebaik-baik antara kalian adalah yang panjang umurnya dan baik pula amalnya"

moga anda dan saya serta semua akan tergolong dalam golongan itu

sayang anda fillah lillah

akhirnya

Posted by Farhah at 7:23 AM 2 comments
akhirnya
at last..

dramatik kan??errrr..poyo
heheh
falah dah ada intenet
alhamdulillah

tapi menakutkan jugak internet ni
bila dah ada
asyik nak bukak aje
selama ni boleh je hidup dengan x intenet
dan sekarang tiba2 menjadi satu kewajipan
jangan melalaikan sudah
aminnnnnn..heheh

Wednesday, May 11, 2011

sebulan satu posting??

Posted by Farhah at 9:13 PM 1 comments
hahaha..agak sebulan satu posting
waaaaaa
nak tulis tapi xreti..wahahahaha

(this is 1 hour later..see..x reti menulis)

then sekarang makin x reti nak tulis apa
then teringat satu kali tu bapak sedara bukak blog ini
waaaa
blog ini sangat tidak mesra
jika dulu beliau gelakkan saya kerana mengutuk mak cik misi(certain people sempat read those post)
sekarang kaget bila tengok blog yang ini pulak
huhu

its different
kan????
banding dulu
tak tau la...
hmmmmm

Tuesday, April 19, 2011

marching band

Posted by Farhah at 10:14 PM 0 comments
shida kata saya suka dengar lagu marching band
mana ada
hehehe
saya dengar lagu yang ada makna aje tau
ehhehe



Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu


kalau tengah lagha2 tu..boleh nangis dengar lagu ni
orang lain semangat nak naikkan islam
adakah kita nak duduk dan tengok aje

someone watching over me

Posted by Farhah at 9:17 PM 0 comments
Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat Al-Qur'an serta tidak pula kamu melakukan sesuatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikit pun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz) Yunus:61


sentiasa ada yang melihat kita
sangat terkesan dengan ayat ni..sebab semalam dah tengah lagha
macam kena sedebik atas muka


malas nak buat semua benda
alhamdulillah x mati semalam( yesss its not a typo)..alhamdulillah sangat x mati semalam


kita kadang x perasan
kadang lupa
sentiasa ada yang memerhati
sentiasa ada yang peduli
walau tika terasa diri keseorangan 
Allah sentiasa ada disisi


agar rasa disayangi
agar takut dengan hisab yang menanti


rasa disayangi
sebab Allah sentiasa lihat apa yang kita buat..dia kira setiap pengorbanan hatta sebesar zarah pun...dia tengok setiap kesakitan, kesusahan dalam kita berusaha untuk menjadi 'abid dan khalifah padanya


rasa takut
sebab Allah sentiasa lihat apa yang kita buat..dia kira setiap dosa yang kita buat hatta sebesar zarah pun..dia tengok setiap perbuatan, lintasan jahat dan benda2 lagha yang kita buat


HE'S wathing over me~~


oh ya..rumah kami nama FALAH..moga mampu menyumbang memenangkan ISLAM



Sunday, March 27, 2011

saya nak pindah

Posted by Farhah at 12:07 AM 0 comments
minggu depan insyaAllah akan pindah ke rumah baru
awal sikit berbanding yang lain
tapi nak buat camne

dan sekarang semua tengah kalut nak mencari nama rumah(yes dear..we do name our house)
dan aku rasa tulah perasaan mak bapak time nak bagi nama anak
well..nama boleh tunjukkan who you are( in a way la)
walaupun dengan ayat2 cliche seperti
"apalah yang ada pada nama etc2"
tapi kan nak disebut selama-lama
jadi mesti la nak yang best dan maksudnya baik dan cantik
ye tak??
heheh

dan kami sekarang seperti ibu beranak satu
sibuk google nama2 cantik ni
any sugestion

ps: aku suggest falah=kejayaan,kemenangan..ok x??
hehehe..dan shida tengah obses dengan nama farouk
ann dan kak ain nak nama syahid
dan kami semua...
masih dalam dilema
ahhhhhhh...minggu depan dah pindah~~

Wednesday, March 23, 2011

Bingkai kehidupan

Posted by Farhah at 9:12 PM 0 comments
saya sedang gian dengan lagu ini
sampai shida, 'si roomate shida' bosannn
haaaahahahah

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah 
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi


ye
ini bukan lagu hiburan(i should put that warning first)
hehe
but a nice change kalau nak compare dengan lagu nasyid aku-suka-kau-tapi-kita-tak-boleh-bercakap-and-whatsnot(maybe its not the exact lyric..but ithink it kinda sum it up..kan???)





Sunday, March 20, 2011

nulis2

Posted by Farhah at 10:26 PM 1 comments
hahahah
dah lama x menulis
kesian blog ini
bersawang berdebu

theres been a lot of things going on lately
tapi dah x terungkap dengan kata2( chewah)
heheheh( bear in mind that's the excuse used to not write)
not that anyone is reading this anyway
heheh

x de la
terbaca draft yang tersimpan
after all the spring cleaning
hehehe
rindu la pulak nak tulis lagi

miss the old me
but this one is waaaaayyyyy better
alhamdulillah

hugs and kisses untuk zeqq
awak buat saya rindu awak sangat2
sedihhhhh!!!

Friday, February 11, 2011

Posted by Farhah at 4:07 PM 0 comments
2:214

Or do ye think that ye shall enter the Garden (of bliss) without such (trials) as came to those who passed away before you? they encountered suffering and adversity, and were so shaken in spirit that even the the messenger and those of faith who were with him cried: "When (will come) the help of God?" Ah! Verily, the help of God is (always) near

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: `Bilakah datangnya pertolongan Allah?` Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(QS. 2:214)

kemenangan dan janji Allah itu adalah benar..namun adakah anda beriman dengannya???
unlimited faith
Allah penentu takdir
manusia pelaku takdir
be a a part of it!!!

Thursday, February 10, 2011

dah habis exammmmm

Posted by Farhah at 10:59 PM 5 comments
syukur dan lega sangat dah habis exam
hahahaha
walau result ntah macam mana...huhuhu(spoiler mood alert)
heheheh

dah cutiii
walau tinggal seminggu
mudah-mudahan banyak manfaatnya nanti

bahagianyaaaaa

esok nak jaulah ke jakarta
jumpa orang tersayang
allalaaaaalala..comeiii..hehe
orang tersayang kat jogja sabar ek
tinggal kejap

orang tersaaaayyaaaaannng malaysia lagi kena sabar
huhu
habis sem angah pulang..hehehehe

buat teman2 yang tengah strugle ngan exam(anda tau siapa anda)
study elok2 tau
heeheheh
moga dapat yang terbaik

dan pesanan penaja
padan muka
hahahaha
orang dah habisss exam
heehhe

Thursday, February 3, 2011

aku sayang kamu..lagi~~~

Posted by Farhah at 4:29 PM 0 comments
ada seorang teman tu cakap
syurga tu sangat luas. muat untuk semua orang
jadi jom!!!

heheeehh
 

Monday, January 31, 2011

aku sayang kamu

Posted by Farhah at 7:17 PM 2 comments
Assalamualaikum
Sahabat dan keluarga yang saya kasihi sekalian,
Heheh
Dah sangat lama x menulis di blog..kosong blog ini..sunyi
Tapi entah la..x de idea nak tulis dan sibuk sikit sekarang(poyo ~~) hahhaha
Sekarang tengah musim rindu..


Rindu dengan rumah..



three musketeer

pengembala kambing

nabi dulu pun bela kambing tau..hehe
homesick???



Hehe..ada la sikit
sikit?????Rindu banyak sebenarnya



nak balik
tapi ada banyak sangat benda yang mengekang sekarang ni
x pe la..sabar ek adik2
kakakmu insyaAllah pulang bila cuti bulan 8 nanti



Tapi aneh kan kasih sayang ni…
Banyak dan melimpah ruah dan x pernah habis

Dalam masa saya rindukan keluarga dikampung
Saya sangat rindukan akhwat-akhwat
Dan sahabat-sahabat semua

Aneh..sebab dalam masa saya cintakan kelurga, kasih sayang sesame teman x berkurang malah makin bertambah dengan izinNya

pelik  la sungguh..duit dibagi-bagi makin kurang..masa dibagi-bagi makin singkat
Tapi kasih sayang ni.makin diberi makin banyak pula..cukup dan tak pernah surut..manis dan comel la pulak

Bukankah umat islam itu, umat yang paling banyak kasih-sayangnya

“tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”-hr bukhari dan muslim
Kat sini rasulullah seakan-akan sedang mencabar iman kita. X cukup sekadar solat dan puasa .
Tidak akan sempurna iman selagi tidak kasihkan saudaranya bagaikan kita sayangkan diri kita sendiri

Bagaimana kita sayangkan diri kita??
kita nak yang baik-baik aje..kita nak yang elok-elok dan sempurna..biasalah manusia kan

makanya



mengasihi saudara kita adalah
mahukan yang terbaik untuk mereka..mahu mereka mendapat segala yang baik dan sempurna
apakah benda yang paling baik yang kamu boleh berikan pada saudaramu selain dari kefahaman dalam islam
apakah pengakhiran yang terbaik mampu kamu usahakan untuk mereka selain syurgaNYA
apa hadiah paling sempurna selain rahmatNya.

sayang itu bukan sekadar mahu berkata rindu berjumpa dan bermesra
sedangkan kita mahu kasih sayang kita ni tembus ke syurga

start today
love them
your brothers  and sisters


Thursday, January 6, 2011

kembara mencari cintaNYA

Posted by Farhah at 11:54 PM 0 comments
eheheh
lepas ni ada daurah bersama senior
sampai hari ahad
aku MIA ujung minggu ni ye teman2

ini masa terbaik nak recaj iman yang tengah x menentu ni
berada dalam suasana yang mengajak ke arah kebaikan


Recorded in the Saheehayn, is the hadeeth of Mu’aawiyah, may
Allaah be pleased with him, in which he says. ‘The Messenger of
Allaah - sallallahu alaihe wa-sallam - said: “Whomever Allaah
desires good for, He imparts upon him understanding of the
religion.”

moga kita dikurniakan kefahaman darinNYA
 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop