Saturday, December 24, 2022

The lotus eater

Posted by Farhah at 6:01 AM 0 comments

Ada satu cerita pendek yang saya perlu baca waktu sekolah menengah . Saaya lupa untuk tingkatan berapa , tapi cerita itu terrmasuk dalam senarai short story eenglish literature. Tajuknya ‘ the lotus eater’


Seorang pemuda pergi bercuti di capri . Di sana dia berjumpa wilson ‘ the titular lotus eater’ dalam cerita ini. Dia adalah seorang lelaki separuh baya yang berhenti dari menjadi manager bank, dan berniat untuk menghabiskan waktunya tinggal di Capri setelah jatuh cinta dengan tempat tersebut sewaktu datang bercuti dari kesibukan kerjanya satu tahun sebelumnya.


Dia menggunakan wang dari pekerjaannya untuk mebiayai hidupnya , yang jika dihitung boleh bertahan sehingga 25 tahun . Apabila ditanya apa perancangannya setelah wangnya hhabis, dia tenang memberitahu dia akan membunuh diri .


Akhirnya wilson tidak mampu membunuh diri tentunya. Hidupnya terlalu tenang dan senang . Hingga waktu wangnya habis , dia masih berusaha hidup dengan berhutang, dan bila sememangnya tiada pilihan , dia cuba membunuh diri , tapi kerna tidak nekad wilson tidak berjaya dan bahkan cedera bagian otak hingga menjadi kurang siuman dan hidup ‘ like a feral animal’ . Dia meninggal 6 tahun setelah itu 


Saya kurang ingat pengajaran dari kisah ini. Jadi saya google.


‘ Without challenge, the narrator argues, human will grows flabby, just as muscles used to support one only on level ground will lose the capacity to climb a mountain’


Manusia lahir dan hidup di dunia dengan bersusah payah 


Sudah tentu , hidup ini perlu pada perjuangan . Saya sebenarnya orang yang seperti wilson .saya suka pada hidup yang senang dan tenang . 


Kalau boleh tak nak bekerja. Tapi nanti akan ada satu perasaan dan cita-cita yang akan timbul , untuk jadi orang yang lebih baik dari itu . Jadi yang terbaik dalam perkara yang saya mahu dan suka. 


Dan sudah tentu, terbaik itu adalah terbaik di sisi Allah. Orang yang paling baik amalnya, yang terbaik taqwanya. 

Biiznillah

Monday, December 19, 2022

PKP

Posted by Farhah at 4:57 PM 0 comments

Tahun ini saya belum menulis lagi

Padahal sekarang sudah december

Sudah mahu masuk tahun baru

Jadi dengan azam sekurang-kurangnya satu pos setahun ini 

Saya nak tulis sesuatu juga, post untuk tahun 2022


Bila keadaan sudah kembali seperti sedia kala pasca PKP- or as normal as it can be

Dua tahun lalu terasa macam mimpi


A lot of changes happen

Norma baharu 

Dan saya terfikir

Mudahnya Allah nak mengubah sesuatu


Dan sekelip mata juga  covid pergi

Kesannya cuma rasa tersisa saja


Bila wabah ini melanda seluruh negara

Mula-mula rasa macam tidak percaya

Tak mungkin ada satu wabah yang cukup bahaya begini

Ada sedikit denial di situ

Sampai lah terpaksa hidup dan antara yang banyak terksesan denga covid

Jadi tib-tiba merasa wabah ini semacam satu malapetaka

Dan tidak akan hilang

Macam satu spiraal ke lembah kehancuran


Tapi lama-lama mula beradaptasi

Dan wabah seakan-akan sudah lama dan menjadi sebahagian dari kehidupan 

Jadi norma baharu

Seolah-olah inilah kehidupan sejak dari dulu

Kehidupan terasa normal kembali


Sampai ad yang bagitahu

‘ kalau demam tak payah nak cek dah , covida ni dah macam flu biasa’

Semata- mata supaya tidak kena kuarantin dan boleh kerja macam biasa.


Manusia ni ajaib sungguh

Cepat beradaptasi , dan mampu untuk hidup kuat  dan kuat lagi


Sekarang,


Kita dah boleh mula travel semula

Sampai ke luar negara

Dah boleh pergi umrah dan haji semula.


Walaupun 2 tahun PKP seakan waktu yang takkan hilang

Waktu tu saya sangka sudah tertutup semua peluang

Dan saya melihat video mekah yang sepi

Buat jadi rindu dan sayu

Dan waktu seakan mimpi ngeri yang dah berlalu pergi


Moga tahun ini ada rezeki

Untuk Allah jemput jadi tetamu Nya nanti

Friday, July 2, 2021

Of terengganu and keropok lekor

Posted by Farhah at 7:31 AM 0 comments

ini adalah post supaya blog sendiri tak kena delete gara-gara tidak aktif

ayatnya dah dikarang 2 tahun yang lalu, tapi sekarang baru nak di publish. ceritanya agak sudah basi.




"kalau akak kena pindah, akak nak pindah tempat yang cantik macam terengganu ni"

Pagi-pagi kakak nisa sudah ajak paah jogging. Lebih kepada jalan sebenarnya. Nak menenangkan kepalanya yang berserabut.

Dulu entah bagaimana terengganu menjadi sebahagian dari calon untuk kami BFG(back for good) dari indonesia.
Dan sampai di terengganu, farhah protes dengan cuacanya yang panas. Sampai wiper kereta yang waktu itu masih bulan-bulan ditanggung abah cair dek panahan matahari terengganu yang panas tiada belas.
Dan disini, dia mula bertatih. Bermula semula. Mentajmik dan mula membina. Indonesia adalah tempat bertunasnya tarbiyyah, sedangkan di terengganu saya tumbuh dewasa. Mengajar saya untuk menjadi lebih manusiawi. Jauh dari sempurna, tapi lebih mengerti.
#terengganudihati
#nokkelikkapong

#Ofterengganuandkeropoklekor


sekarang  i am so far away from my starting point. a lot more to learn, and a lot more struggle. dan walaupun ada terasa penat diri ni sedar there is still a long way to go. semoga diberi kekuatan yang banyak untuk itu.biizdnillah :)

Wednesday, September 12, 2018

hakikatnya bahagia

Posted by Farhah at 8:38 PM 0 comments

Ada satu buku komik yang waktu sekolah menengah dulu saya pernah baca. Bukunya saya sayang sangat tapi hilang entah ke mana. Saya memanggilya komik, tapi mungkin lebih kepada buku cerita dengan ilustrasi sebenarnya. Karya cina yang telah dialih Bahasa itu, manis cerita dan bahasanya. Walaupun saya ingat2 lupa bagaimana.

Ada satu cerita yang saya terkesan

Tajuknya the magician.. si ahli silap mata. Saya lupa ceritanya. Ini Cuma dari memori dan mungkin agak direka-reka ayatnya.

Kisahnya tentang seorang gadis dan pria dari satu pekan kecil yang entah di mana. Satu malami mereka bercerita temtang impian masing- masing sambil melihat angkasa. Malam gelap dan hanya diterangi lampu jalan. Tiada bintang kelihatan di angkasa.


“ katanya” sang pria membuka bicara. “ ahli silap mata paling hebat mampu menjelmakan bintang- bintang di angkasa” . mata si gadis bersinar ceria. Malam paling cantik adalah apabila mereka menghabiskan masa bersama sambil memandang angkasa. Si pria tahu si gadis suka melihat bintang yang bersinar cerah menghiasi malam yang gelap gelita

“ impianku mahu menjadi ahlis silap mata terhebat. Di dunia” Tekadnya” dan aku akan jelmakan bintang paling terang dan cantik khas buat kamu” janjinya

“ jadi impianku” si gadis tersenyum dan malu-malu berkata “ adalah untuk menjadi isteri ahli silap mata terhebat di dunia” itulah janji mereka.

Dan si pria, demi menunaikan impian si gadis, berkelana menjelajah dunia, mencari cara menjadi ahli silap mata terhebat. Dia ahu melihat wajah itu tersenyum ceria dengan magis yang dia mampu hasilakn. Da si gadis menunggu dengan sabar di pekan kecil itu.

Sekian lama berlalu, dulu mereka yang masih remaja menjadi dewasa. Dan menigkatnya usia, sang pria merasa masih belum menjadi terhebat di dunia.  Ternyata banyak yang perlu dipelajari sebelum pulang ke desa, dia merasa belum cukup untuk membuat si gadis gembira. 10 tahun berlalu, 20 tahun , sang pria masih berkelana.



Akhirnya tempoh yang lama membuahkan hasil. Sang pria menjadi ahli magis terkenal seluruh dunia. Membuat pertunjukan merata-rata. Dan akhirnya , persembahanya membawa dia pulang ke desa lama tempat kelahirannya, tempat tinggal si gadis kesayanganya.

Usai pertunjukan peminat berpusu-pusu mengambil gambar dan tandatangan, kelibat si gadis tidak kelihatan. Ah , mugkin saja dia sudah lupa. Seorang lelaki meminta tandantangan dari si pria. “ buat isteri saya, dia sangat sukakan pertunjukan kamu, terutama bintang-bintang itu, dia selalu terharu sampai mengalirkan air mata setiap kali menontonya di kaca tv” katanya ceria, gembira berbicara tentang orang kesayanganya. Lelaki itu menunjukkan gambar keluarga yang disimpan dalam dompetnya, ternyata si gadis bersama seorang anak kecil comel di atas ribaan. Si gadis kelihatan gembira bersama lelaki itu, yang bukan ahli silap mata.

Agaknya dia terlupa. Impian si gadis bukannya mahu menjadi ahli silap mata, tapi mahu bersama si pria. Mereka salah mentafsirkan impian masing- masing, dan akhirnya terpisah lama.

Kadang-kadang dalam kehidupan. Kita punya impian yang kita salah menterjemahkanny.

Kenapa mahu banyak uang

Kenapa mahu menonton wayang

Kenapa mahu makan yang enak-enak

Kenapa mahu ramai kawan-kawan

Kenapa

Akhirnya, jawapannya adalah kita mahu bahagia
Tapi betul ke semua tu boleh memberi bahagia? Sampai bila-bila? 

kadang-kadang kita mendapat sesuatu yang kita impikan sekian lama
tapi ternyata gembira hanya sementara
yang hati kita kosong semula?

maka, apakah jawabanya?

bersambung.......

Wednesday, May 16, 2018

Ramadhan

Posted by Farhah at 5:57 AM 0 comments
Ramadhan tiba lagi
.
Sungguh Belum bersedia
.
Paah selalu macam tu
X pernah ready
.

 

Limau ais dan teh tawar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop